awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, mata wang utama lain
Suri rumah rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket skim pelaburan tidak wujud
Kerajaan Syria, SDF capai persetujuan gencatan senjata empat hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, 12 cedera dalam insiden tembakan di Alabama

Bernama
Bernama
06/10/2025
04:27 MYT
Dua maut, 12 cedera dalam insiden tembakan di Alabama
Dua maut dan 12 cedera dalam insiden tembak-menembak antara dua kumpulan bersenjata di tengah orang ramai di Montgomery, Alabama. -Foto AP
NEW YORK: Dua orang maut manakala 12 lagi cedera pada Sabtu selepas kumpulan bersenjata saling berbalas tembakan di Montgomery, ibu negeri Alabama, Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua memetik media tempatan pada Ahad.

Ringkasan AI
  • Dua maut dan 12 cedera dalam insiden tembak-menembak antara dua kumpulan bersenjata di tengah orang ramai di Montgomery, Alabama.
  • Tiga mangsa cedera dilaporkan kritikal, dan siasatan sedang dijalankan namun tiada tangkapan dibuat setakat ini.
  • Kejadian berlaku selepas perlawanan bola sepak universiti, dan pihak berkuasa berikrar akan mendakwa semua yang terlibat.

Ketua Polis Montgomery, James Graboys berkata tiga daripada mangsa cedera berada dalam keadaan kritikal.
Menurut laporan CBS News, polis menerima panggilan kecemasan sekitar 11.30 malam waktu tempatan.
"Dua kumpulan yang terlibat saling berbalas tembakan di tengah-tengah orang ramai tanpa menghiraukan keselamatan orang di sekeliling," katanya kepada pemberita.
Graboys berkata siasatan sedang dijalankan termasuk mengumpul bahan bukti dan menyoal siasat suspek yang berpotensi,
Beliau menegaskan bahawa pihaknya akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk mendakwa dan menahan pihak yang bertanggungjawab.
Setakat awal Ahad, tiada tangkapan dibuat.
Kejadian berlaku tidak lama selepas perlawanan bola sepak antara Universiti Tuskegee dan Kolej Morehouse, menurut CBS News.
Pihak berkuasa belum mendedahkan identiti mangsa yang maut, namun MPD memaklumkan sekurang-kurangnya seorang daripada mangsa ialah wanita.
Tiada butiran lanjut dikeluarkan mengenai mangsa kedua.
Datuk Bandar Montgomery, Steven Reed berkata pihaknya akan "menggunakan segala sumber yang ada untuk mengheret semua individu yang terlibat ke muka pengadilan."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#insiden tembakan
#dua kumpulan bersenjata
#Montgomery Alabama
#perlawanan bola sepak universiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan