Skip to main content

Dunia

Dua maut, 17 cedera dalam letupan di barat laut Pakistan

Motorcycle bomb at police station kills at least 2 and wounds several in northwestern Pakistan
Satu letupan kuat berhampiran balai polis di barat laut Pakistan pada Isnin mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang, termasuk seorang kanak-kanak, dan mencederakan 17 yang lain. - Foto AP/Ammad Khattak

KARACHI: Satu letupan kuat berhampiran balai polis di barat laut Pakistan pada Isnin mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang, termasuk seorang kanak-kanak, dan mencederakan 17 yang lain, lapor Anadolu Ajansi yang memetik pihak polis.

Letupan itu, yang terbaharu dalam rentetan insiden seumpamanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, berlaku di daerah Bannu, wilayah Khyber Pakhtunkhwa, menurut kenyataan polis tempatan.

Advertisement

Bom dipasang pada sebuah motosikal dan diletupkan menggunakan alat kawalan jauh.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap letupan itu.

Bannu, yang bersempadan dengan daerah suku kaum bergolak North Waziristan, sekian lama menjadi lokasi keganasan yang kebanyakannya membabitkan kumpulan Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP).

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video