Dua maut dalam insiden runtuhan lombong

Kesatuan sekerja CCOO berkata lombong itu mematuhi semua peraturan keselamatan. - Gambar hiasan/ Reuters
MADRID: Dua pelombong maut dalam insiden terowong lombong arang batu runtuh di barat laut Sepanyol, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik media tempatan pada Jumaat yang merujuk perkhidmatan kecemasan.
Kemalangan di sebuah lombong berhampiran bandar Vega de Rengos di wilayah Asturias itu turut menyebabkan seorang lagi mangsa dilaporkan hilang buat sementara, namun kemudian disahkan berjaya menyelamatkan diri.
Satu daripada terowong lombong itu runtuh kira-kira 1.5 kilometer dari pintu masuk.
Kesatuan sekerja CCOO berkata lombong itu mematuhi semua peraturan keselamatan, menurut laporan penyiar RTVE.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


