Dua maut, enam hilang insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan New Zealand

Enam individu termasuk dua remaja masih hilang, usaha mencari mangsa sukar disebabkan tanah tidak stabil. -Foto Reuters
WELLINGTON: Sekurang‑kurangnya dua orang maut dan enam lagi dilaporkan hilang selepas beberapa kejadian tanah runtuh melanda sebuah rumah dan tapak perkhemahan popular di Mount Maunganui, Tauranga, Pulau Utara New Zealand berikutan hujan lebat berterusan.
Ringkasan AI
- Dua maut, enam lagi hilang selepas tanah runtuh di Mount Maunganui, New Zealand akibat hujan lebat berterusan.
- Satu tanah runtuh di Welcome Bay meragut dua nyawa, sementara satu lagi melanda Beachside Holiday Park memusnahkan pelbagai kemudahan.
- Enam individu termasuk dua remaja masih hilang, usaha mencari mangsa sukar disebabkan tanah tidak stabil.
Tidak lama selepas itu, satu lagi tanah runtuh menghentam Beachside Holiday Park di Mount Maunganui, kawasan tumpuan pelancong pada musim cuti.
Runtuhan memusnahkan karavan, blok bilik mandi, dapur dan beberapa khemah.
Polis mengesahkan enam individu, termasuk dua remaja berusia 15 tahun, masih hilang. Tiga lagi daripada senarai penghuni belum dapat dipastikan keberadaannya.
Pasukan penyelamat bekerja sepanjang malam menggunakan anjing pengesan dan jentera penggali untuk mencari mangsa, namun keadaan tanah tidak stabil serta risiko runtuhan susulan menyukarkan usaha pencarian.
Pihak berkuasa memberi amaran bahawa operasi mungkin mengambil masa beberapa hari.
Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon, yang melawat lokasi kejadian, menyifatkan insiden tersebut sebagai “tragedi besar” dan menzahirkan simpati kepada keluarga mangsa.
Beliau menegaskan komitmen kerajaan untuk memberikan sokongan penuh kepada pasukan kecemasan dan komuniti terjejas.
Hujan luar biasa yang direkodkan sejak beberapa hari lalu dianggap antara yang terburuk di wilayah Bay of Plenty, menyebabkan banjir kilat, tanah runtuh dan gangguan bekalan elektrik melibatkan ribuan penduduk.
Jabatan Pengurusan Kecemasan menasihatkan orang ramai supaya menjauhi kawasan berisiko dan mematuhi arahan keselamatan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah bilangan mangsa yang dilaporkan maut akibat tanah runtuh di Mount Maunganui, New Zealand? A: Sekurang-kurangnya dua orang maut dilaporkan akibat tanah runtuh di Mount Maunganui, New Zealand.
- Q: Apakah yang berlaku selepas tanah runtuh di Welcome Bay? A: Dua lagi penghuni berjaya menyelamatkan diri sebelum mayat mangsa ditemukan oleh pasukan penyelamat.
- Q: Berapakah jumlah individu yang masih dilaporkan hilang berikutan tanah runtuh di Beachside Holiday Park? A: Polis mengesahkan enam individu, termasuk dua remaja berusia 15 tahun, masih hilang berikutan tanah runtuh di Beachside Holiday Park.
- Q: Apa yang menghalang usaha pencarian mangsa yang hilang? A: Keadaan tanah tidak stabil serta risiko runtuhan susulan menyukarkan usaha pencarian mangsa yang hilang.
- Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri New Zealand berhubung dengan insiden tanah runtuh ini? A: Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon, menzahirkan simpati kepada keluarga mangsa dan menegaskan komitmen kerajaan untuk memberikan sokongan penuh kepada pasukan kecemasan dan komuniti terjejas.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

