awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, lima cedera dalam kejadian tembakan di luar restoran di Tennessee, AS

Bernama
Bernama
31/03/2023
07:15 MYT
Dua maut, lima cedera dalam kejadian tembakan di luar restoran di Tennessee, AS
Seorang daripada mangsa disahkan maut di tempat kejadian manakala seorang disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. - Foto FB
WASHINGTON: Dua maut dan lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di luar sebuah restoran di Memphis, Tennessee, lapor Xinhua memetik polis pada Khamis.
Kejadian berlaku lewat malam Rabu dan menurut pihak berkuasa tempatan, seorang daripada mangsa disahkan maut di tempat kejadian manakala seorang disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Lima mangsa lain, empat lelaki dan seorang wanita turut dikejarkan ke hospital.
Setakat tahun ini terdapat 131 kes tembakan besar-besaran di Amerika Syarikat. Arkib Keganasan Senjata Api mentakrifkan insiden tembakan rambang telah menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang ditembak, tidak termasuk penembak.
Sementara itu, menurut data laman sesawang berkenaan, lebih 10,200 orang kehilangan nyawa akibat keganasan senjata api dalam tempoh tiga bulan lepas.
Awal minggu ini, seorang individu lengkap bersenjata menyerang sebuah sekolah rendah swasta di Nashville, Tennessee, membunuh enam orang termasuk tiga pelajar berusia sembilan tahun, sebelum penyerang maut ditembak oleh polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kejadian tembakan
#Tennessee
#luar restoran
#tembakan rambang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan