awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurus, operator kilang kelapa sawit ditahan susulan pencemaran Sungai Sayong
Gempa bumi sederhana landa Laut Jawa
Matahari muncul semula - Holgado
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, lima serah diri selepas insiden tembak menembak di Yala

Bernama
Bernama
16/08/2018
23:59 MYT
Dua maut, lima serah diri selepas insiden tembak menembak di Yala
Pasukan keselamatan Thailand menembak mati dua lelaki bersenjata dalam insiden tembak-menembak di daerah Krong Pinang, Yala, selatan Thailand, 16 Ogos, 2018. Lima lelaki yang bersembunyi dalam rumah menyerah diri. --fotoBERNAMA
Dua lelaki bersenjata terbunuh manakala lima yang lain menyerah diri selepas insiden tembak menembak dengan pasukan keselamatan di daerah Kampung Telok Kabuh di Krong Pinang, selatan Thailand pada Khamis.
Kejadian itu berlaku selepas kira-kira 100 anggota keselamatan Thailand mengepung sebuah rumah di kampung berkenaan sejak pukul 3.00 pagi tadi (waktu tempatan).
"Ketujuh-tujuh lelaki dalam rumah berkenaan dipercayai anggota Runda Kumpulan Kecil (RKK). Apabila mereka menyedari kehadiran anggota keselamatan, berlaku tembak menembak," kata Ketua Renjer ke-41 Yala, Kol Sitisak Jenbanjong.
Lima lelaki menyerah diri selepas berlakunya kejadian tembak menembak pertama selama kira-kira 20 minit dan disusuli kejadian tembak menembak kali kedua selama 15 minit antara pasukan keselamatan dengan dua lelaki bersenjata.
Kedua-dua lelaki yang enggan menyerah diri itu menggunakan senjata M-16 dan Ak-47 dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Thailand.
Menurut Sitisak, mayat kedua-dua lelaki bersenjata yang dikenali sebagai Hatim Tolaema, 29, dan Kariman Matlee, 32, kedua-duanya dari Kampung Balo, daerah Balo ditemui selepas berakhirnya insiden tembak menembak itu.
Tiga laras senjata M-16 dan Ak-47 serta pistol 9mm turut ditemukan berdekatan mayat lelaki berkenaan, katanya.
Pihak berkuasa Thailand sedang menyiasat latar belakang kesemua lima lelaki yang menyerah diri itu serta dua yang terbunuh itu, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bersenjata
#keselamatan
#mati
#tembak
#Thailand
#yala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan