REGIM Israel melancarkan serangan ke atas Gaza dan menambah jumlah tentera mereka di kawasan sempadan pada Isnin sebagai tindak balas pelancaran roket oleh Hamas.
Serangan pada Isnin tercetus selepas tujuh penduduk Israel tercedera berdekatan Tel Aviv susulan serangan roket Hamas.
Ketegangan itu terus memuncak dua minggu sebelum Israel melakukan pilihan raya yang menyaksikan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berusaha mengekalkan kuasa yang diperolehi sedekad yang lalu.
Pada masa yang sama, Netanyahu berdepan tuduhan skandal rasuah serta pakatan pembangkang yang mahu beliau letak jawatan.
BACA: Polis Israel syor Netanyahu dikenakan pertuduhan rasuah
VIDEO: Polis temui bukti kukuh kes rasuah Netanyahu dan isteri
Bagaimanapun situasi tegang itu tidak lama sebelum khabar bahawa satu genjatan senjata dipersetujui dua pihak atas pertolongan Mesir.
Bagaimanapun, penduduk tempatan berkata pesawat tentera Israel terus menyerang dua kawasan di Gaza sekaligus tidak mengendahkan persetujuan genjatan senjata.
Israel pula enggan mengulas sama ada perjanjian genjatan senjata sudah dipersetujui.
Sejurus selepas serangan itu, Netanyahu pulang ke Israel pasca pertemuan dengan Presiden Donald Trump di Washington.
Untuk rekod, pada perang Gaza 2014 sejumlah 2,100 rakyat Palestin yang tidak berdosa dibunuh tentera Israel.
Israel merampas Gaza pada 1967 secara haram sebelum ini menarik semula tentera mereka pada 2005 dan sejak itu wilayah tersebut terus bergolak.
Agensi
Tue Mar 26 2019

Semarak api dan asap kelihatan sewaktu bandar Gaza semasa diserang Israel. - Reuters

NCCIM gesa kerajaan pertimbang langkah alternatif berhubung kenaikan surcaj elektrik
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menggesa kerajaan mempertimbangkan langkah dasar alternatif berikutan pengumuman kenaikan drastik surcaj tarif elektrik.

Gempa bumi Turkiye-Syria: UNESCO bimbang kerosakan pada tapak warisan
UNESCO mengambil berat mengenai keadaan di bandar Purba Aleppo, Syria yang tersenarai sebagai "Warisan Dunia dalam Bahaya."

Penyelidik New Zealand hasilkan kajian terbaru mengenai bahaya banjir glasier
Tasik ini bahaya bagi mereka yang tinggal di hilir kerana banjir boleh berlaku secara tiba-tiba akibat kegagalan empangan semula jadi.

Tanah Runtuh | 40 maut, puluhan cedera di Peru
Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat di Peru.

Tragedi MH17 | Putin didakwa luluskan bekalan peluru berpandu tembak jatuh pesawat
Pasukan penyiasat antarabangsa mendakwa mereka mempunyai bukti meyakinkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani keputusan membenarkan sistem peluru berpandu Rusia masuk ke Ukraine.

Lawatan Rasmi PM | Respons positif petanda hubungan baik Malaysia, negara jiran
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meluahkan kegembiraan selepas melihat lawatan Perdana Menteri ke negara-negara jiran sebelum ini berjalan lancar dan menerima sambutan baik.

Lawatan Rasmi PM | Teroka Ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand
Hal-hal ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand turut menjadi fokus lawatan dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand.

Lawatan Rasmi PM | Empat MoU bakal dimeterai dalam lawatan PM ke Thailand
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menyaksikan empat memorandum persefahaman (MoU) dimeterai sempena lawatannya ke Thailand pada 9 dan 10 Februari ini.

Parlimen Gua Musang | Mahkamah benar batal petisyen terhadap SPR, Pegawai Pengurus
Mahkamah Tinggi Kota Bharu membatalkan petisyen terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seorang pegawai suruhanjaya itu yang difailkan oleh wakil calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen itu.

Gempa Turkiye | Tindak balas operasi menyelamat dipercepatkan
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengakui terdapat sedikit masalah dalam tindak balas pasukan penyelamat pasca gempa bumi yang menggegarkan selatan negara itu.

Netanyahu berjaya tubuhkan kerajaan campur
Bakal Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengumumkan pada Rabu malam bahawa beliau berjaya membentuk kerajaan campuran baharu.

Blok sayap kanan pimpinan Netanyahu menang pilihan raya Israel
Keputusan rasmi akan diserahkan kepada Presiden Isaac Herzog minggu depan.

PM Israeli Bennett tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang
Bennett berkata beliau akan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri "tidak lama lagi".

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Saksi kes perbicaraan Netanyahu maut, Greece jalankan siasatan nahas pesawat
Haim Geron merupakan salah seorang daripada lebih dari 300 saksi untuk perbicaraan Netanyahu atas tuduhan rasuah.

Netanyahu serah kuasa tanpa upacara khas
Pemimpin pembangkang sayap kanan Benjamin Netanyahu enggan mengadakan upacara penyerahan kuasa kepada penggantinya.

Palestin anggap kerajaan baharu Israel tetap sama atau lebih teruk daripada Netanyahu
Kerajaan Neftali Bennett akan sokong penyelesaian pendudukan haram dan diskriminasi kaum serta dilihat bakal lebih ekstrem berbanding pemerintahan sebelum ini.

Naftali Bennett perdana menteri baharu Israel, akhiri penguasaan 12 tahun Netanyahu
Naftali Bennett mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Israel yang baharu pada Ahad selepas memenangi undi percaya dengan 60 ahli parlimen menyokong dan 59 lagi menentang.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Korea Utara kecam Israel jadikan Gaza 'medan penyembelihan manusia', bunuh kanak-kanak
Kenyataan itu adalah bersempena dengan sambutan Hari Kanak-Kanak Mangsa Serangan yang Teraniaya pada 4 Jun lalu.