awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
Kemelut Pas-Bersatu: Kepimpinan tanpa titik penyatuan, kuasa jadi rebutan - Ilham Centre
Team LZJ sahkan Yeoh Kay Bin letak jawatan sebagai ketua jurulatih
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pegawai tentera dipenjara 30 tahun bunuh anggota wanita

Astro Awani
Astro Awani
24/12/2021
22:57 MYT
Dua pegawai tentera dipenjara 30 tahun bunuh anggota wanita
Mahkamah turut mengarahkan kedua-dua tertuduh membayar denda sebanyak AS$25,000 setiap seorang. - Gambar hiasan
MEXICO CITY: Dua pegawai tentera di Mexico dihukum penjara 30 tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kematian seorang anggota tentera wanita pada Jumaat.
Mahkamah turut mengarahkan kedua-dua tertuduh membayar denda sebanyak AS$25,000 setiap seorang kerana membunuh wanita berusia 28 tahun itu pada 2019.
Insiden membunuh anggota tentera wanita di Mexico disifatkan sebagai keganasan terhadap wanita.
Masalah itu meningkat sejak kebelakangan ini terutamanya ketika di bawah pemerintahan Presiden Andres Manuel Lopez Obrador.
Pejabat Peguam Negara dalam satu kenyataan menamakan tertuduh sebagai Jose Antonio N dan Agustin N, tanpa memberi nama keluarga.
Tambahnya, kedua-dua pegawai tersebut berpangkat Kapten.
Sabitan terhadap anggota tentera jarang berlaku di Mexico kerana mereka dianggap sebagai tunggak keselamatan negara.
Topic Berkaitan
#penjara
#pegawai tentera
#bunuh
#Anggota tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan