awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pegawai tertinggi risikan IRGC Iran terbunuh dalam serangan udara Israel

Agensi
Agensi
15/06/2025
23:10 MYT
Dua pegawai tertinggi risikan IRGC Iran terbunuh dalam serangan udara Israel
Mohammad Kazemi (kiri) dan timbalannya, Hassan Mohaghegh maut dalam serangan udara Israel ke atas ibu negara Iran, Tehran, pada Ahad.
TEHRAN: Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengesahkan dua pegawai tertingginya dalam organisasi risikan terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas ibu negara Iran, Tehran, pada Ahad.
Menurut laporan agensi berita rasmi IRGC, Sepah News, Ketua Organisasi Risikan IRGC, Mohammad Kazemi serta timbalannya, Hassan Mohaghegh maut dalam serangan berkenaan.
Turut disahkan terkorban ialah seorang lagi pegawai kanan risikan yang tidak dinamakan.
Serangan udara Israel ke atas Tehran dan beberapa bandar utama Iran bermula awal pagi Jumaat dan berterusan sehingga Ahad.
Beberapa pegawai tentera kanan, saintis nuklear serta orang awam dilaporkan terbunuh dalam siri serangan yang disifatkan sebagai paling agresif dalam sejarah konflik antara kedua-dua negara.
Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas beberapa sasaran di Israel, mengakibatkan kematian serta kerosakan besar di beberapa kawasan.
Konflik ini mencetuskan kebimbangan antarabangsa terhadap kemungkinan tercetusnya perang berskala besar di Asia Barat.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung eskalasi terkini ini. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#perang Iran-Israel
#pegawai risikan maut
#pegawai IRGC maut
#Israel serang Iran
#serangan udara Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan