awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua peguam Trump tarik diri menjelang perbicaraan mahkamah Februari depan

Agensi
Agensi
31/01/2021
03:38 MYT
Dua peguam Trump tarik diri menjelang perbicaraan mahkamah Februari depan
Trump mendakwa perbicaraan ke atasnya itu tidak mengikut perlembagaan kerana beliau tidak lagi memegang jawatan nombor satu di Amerika Syarikat. - Gambar fail/AP
WASHINGTON:Peguam, Butch Bowers dan Deborah Barbier dilaporkan telah menarik diri daripada pasukan peguam yang mewakili Donald Trump dalam perbicaraan pendakwaan bekas Presiden Amerika Syarikat itu.
Penarikan diri itu dikatakan dibuat kedua-dua mereka disebabkan perbezaan pendapat dalam kes berkenaan.
Mereka juga dilaporkan enggan mengadakan perbincangan secara tertutup mengenai keputusan itu.
Bagaimanapun, ada ura-ura mengatakan, pasukan peguam mewakili Trump itu akan menerima anggota baharu dalam masa sehari atau dua hari lagi.
Sehingga kini mereka masih berdiam diri dan tiada kenyataan rasmi dikeluarkan Bowers dan Barbier.
Trump dijangka dibicarakan pada 8 Februari depan atas tuduhan menghasut penyokong mengadakan rusuhan di Capital Hill, Washington D. C. bulan lalu.
Bekas Presiden itu mendakwa perbicaraan ke atasnya itu tidak mengikut perlembagaan kerana beliau tidak lagi memegang jawatan nombor satu di Amerika Syarikat.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#mahkamah
#Amerika Syarikat
#undang-undang
#bekas
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan