awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pekerja maut, empat parah dirempuh kereta api ketika pemeriksaan laluan di Cheongdo

Astro Awani
Astro Awani
19/08/2025
07:40 MYT
Dua pekerja maut, empat parah dirempuh kereta api ketika pemeriksaan laluan di Cheongdo
Dua pekerja maut dan empat cedera parah selepas dirempuh kereta api Mugunghwa ketika menjalankan pemeriksaan keselamatan landasan berhampiran Stadium Lembu Cheongdo. -Gambar hiasan/Facebook Korea Railroad Corporation
SEOUL: Dua pekerja maut manakala empat lagi cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta api penumpang ketika menjalankan pemeriksaan keselamatan di laluan landasan berhampiran Stadium Cheongdo Bullfighting, wilayah Gyeongsang Selatan, pagi Selasa.

Ringkasan AI
  • Dua pekerja maut dan empat cedera parah selepas dirempuh kereta api Mugunghwa ketika menjalankan pemeriksaan keselamatan landasan berhampiran Stadium Lembu Cheongdo.
  • Insiden berlaku sekitar jam 10.50 pagi waktu tempatan, melibatkan tujuh pekerja yang memeriksa cerun susulan hujan lebat; tiada penumpang tren cedera.
  • Polis dan KORAIL sedang menyiasat punca kejadian termasuk pematuhan prosedur keselamatan di bawah Akta Keselamatan Rel.

Menurut Korea Railroad Corporation (KORAIL), insiden berlaku sekitar jam 10.50 pagi waktu tempatan apabila kereta api jenis Mugunghwa yang dalam perjalanan ke Jinju merempuh tujuh pekerja yang sedang memeriksa struktur cerun berhampiran landasan, susulan hujan lebat baru-baru ini.
Kesemua mangsa segera dikejarkan ke hospital berdekatan, namun dua disahkan meninggal dunia. Seorang lagi mengalami kecederaan ringan.
Dilaporkan 89 penumpang berada di dalam tren tersebut ketika kejadian, namun tiada yang dilaporkan cedera.
Pihak polis dan KORAIL kini menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian, termasuk sama ada prosedur keselamatan di bawah Akta Keselamatan Rel telah dipatuhi oleh syarikat yang terlibat.
Perkhidmatan kereta api di kawasan berkenaan mengalami kelewatan sementara susulan insiden tersebut.
Topic Berkaitan
#dirempuh kereta api
#Mugunghwa
#pemeriksaan keselamatan landasan
#Stadium Cheongdo Bullfighting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan