awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pengganas Al-Shabab dibunuh di Nairobi

Astro Awani
Astro Awani
23/09/2013
23:57 MYT
Dua pengganas Al-Shabab dibunuh di Nairobi
Menteri Dalam Negeri Kenya, Joseph Ole Lenku memaklumkan, dua pengganas berjaya dibunuh dalam operasi pasukan keselamatan membebaskan tebusan di sebuah pusat membeli belah di Nairobi.
Jelas beliau, situasi itu kini terkawal dan anggota keselamatan Kenya bersiap sedia menggempur musuh yang masih menahan tebusan di dalam kompleks beli belah berkenaan.
Empat letupan kuat kedengaran disusuli tembakan bertali arus sebelum dua pengganas disahkan terbunuh.
Pasukan keselamatan menjalankan operasi di setiap tingkat dan berjaya mengawal sepenuhnya kompleks beli belah berkenaan.
Operasi menggeledah setor yang dipercayai menjadi tempat persembunyian militan dibuat secara berhati-hati bagi memastikan keselamatan tebusan.
Pasukan keselamatan percaya, pengganas Al-Shabab tidak dapat melarikan diri kerana seluruh kawasan itu telah dikepung.
Sehingga kini, mereka tidak dapat mengesahkan jumlah sebenar tebusan ditahan pengganas.
Sementara itu, angka kematian disahkan seramai 62 mangsa yang juga terdiri daripada warganegara asing seperti China, India, Perancis, dan Britain.
Topic Berkaitan
#Nairobi
#pengganas Al-Shahab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan