awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua penyokong parti maut dalam pertempuran pilihan raya Pakistan

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2024
02:15 MYT
Dua penyokong parti maut dalam pertempuran pilihan raya Pakistan
Penyokong Parti PTI mengadakan protes di luar bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya di Lahore, Pakistan menuntut keadilan dalam pengiraan undi. - Foto REUTERS
SHANGLA: Sekurang-kurangnya dua penyokong Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) bekas Perdana Menteri Imran Khan terbunuh dalam pertempuran dengan polis di bandar barat laut Shangla.
Menurut media tempatan, bantahan tercetus di tengah-tengah kelewatan pengundian dan dakwaan penipuan undi dalam Pilihan Raya Umum Pakistan yang diadakan semalam.
Kelewatan pengumuman keputusan pilihan raya bukan satu kelaziman di Pakistan dan ini menyebabkan wujud dakwaan berlakunya penipuan kiraan undi.
Sebagai tanda protes, penunjuk perasaan membakar kenderaan polis dan ia kemudian mengundang pertempuran, hingga menyebabkan polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.
Sebelum pengundian berlangsung, pihak berkuasa mengerah ribuan tentera di jalanan dan di pusat pengundian di seluruh negara.
Sempadan negara dengan Iran dan Afghanistan juga ditutup buat sementara waktu kerana keselamatan dipertingkatkan.
Bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif pada Jumaat mendakwa parti yang diketuainya, Liga Muslim Pakistan (PML) mendahului, sekali gus memenangi pilihan raya umum negara itu.
Bagaimanapun, ketika ini rakyat Pakistan masih menanti keputusan rasmi penuh pilihan raya negara itu yang belum muktamadkan.
Topic Berkaitan
#pilihan raya umum
#pertempuran
#penipuan kiraan undi
#Imran Khan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan