NEW DELHI: Dua pesawat pejuang Tentera Udara India (IAF) dilaporkan terhempas di negeri Madhya Pradesh pada Sabtu, dan mengorbankan seorang juruterbangnya.
Nahas berlaku di daerah Morena melibatkan pesawat Sukhoi-30 dan Mirage-2000, menurut ciapan ketua menteri Shivraj Singh Chouhan di Twitter.
"Saya telah mengarahkan kerajaan tempatan untuk bekerjasama dengan Tentera Udara dalam operasi menyelamat dan bantuan segera," kata Chouhan.
Dua pesawat pejuang IAF yang terhempas berhampiran Gwalior itu sedang menjalankan operasi latihan penerbangan rutin, menurut tentera udara.
Siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 28 2023

Dua pesawat pejuang Tentera Udara India (IAF) dilaporkan terhempas di negeri Madhya Pradesh pada Sabtu, dan mengorbankan seorang juruterbangnya. - Foto REUTERS

Jualan mercun, bunga api dalam talian dilarang - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya ada aduan berkaitan penjualan secara dalam talian dikesan.

TH gantung lesen pengelola jemaah haji syarikat Emraz Travel
Keputusan itu diambil berikutan makluman beberapa aduan awam berkenaan perkhidmatan umrah yang diberikan syarikat tersebut.

Sherie Merlis kesal berita palsu dia meninggal dunia
Kata Sherie, berita berkenaan telah mengejutkan ahli keluarganya dan mula menghuru-harakan keadaan.

Bekalan telur sepanjang Ramadan, Aidilfitri mencukupi - FAMA
Pengeluar cuba untuk memenuhi keperluan pengguna tetapi penghasilan bagi telur gred tersebut juga bergantung kepada umur ayam yang diternak.

Suri rumah didakwa guna lambang Datuk palsu
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 3 Mei depan.

Enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling digantung operasi
Enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling ditutup ekoran tren tidak boleh beroperasi di laluan itu atas faktor keselamatan. Sehubungan itu, perkhidmatan bas percuma digerakkan bagi membantu penumpang dan operasi di laluan terjejas.

'Tak sabar nak jumpa cinta hati' - Daiyan Trisha sekali lagi tunai umrah di bulan Ramadan
Daiyan bersyukur kerana dijemput untuk kali kedua menunaikan ibadah berkenaan.

Pasca lawatan Perdana Menteri ke China
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan.

Lawatan PM Anwar ke China beri manfaat besar
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan. Ikut laporan disediakan Hasimi Muhamad, dari Beijing.

Mohd Shuhaily akan dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

Dua pesawat Tentera Udara India terhempas, seorang juruterbang maut
Dua pesawat pejuang Tentera Udara India (IAF) dilaporkan terhempas di negeri Madhya Pradesh pada Sabtu, dan mengorbankan seorang juruterbangnya.

Tragedi Hawk: Mohamad Affendi anak harapan, sedaya upaya balas jasa keluarga - Ibu
Allahyarham membeli sebuah rumah di Taman Redan Perdana di Muadzam Shah di sini, disusuli dengan sebuah kereta pada tahun 2019 untuk kegunaan mereka sekeluarga.

Identiti mangsa pesawat TUDM terhempas dikenal pasti
TUDM berkata nahas di Pangkalan Udara Butterworth itu berlaku jam 10.07 malam pada Selasa ketika kedua-dua juruterbang itu sedang menjalani latihan penerbangan malam.