awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua remaja disebat kerana berpelukan di tempat awam

Agensi
Agensi
31/01/2019
23:26 MYT
Dua remaja disebat kerana berpelukan di tempat awam
Datuk Bandar Aceh, Aminullah Usman berkata hukuman sebat dilaksanakan bukan bertujuan untuk mencederakan pesalah. REUTERS/Gambar hiasan
DUA remaja di Banda Aceh dihukum sebat pada Khamis setelah ditangkap kerana berpelukan semasa berada di tempat awam.
Remaja perempuan yang merupakan seorang mahasiswa dan teman lelakinya, kedua-duanya 18 tahun, disebat sebanyak 17 kali di sebuah masjid di ibu negeri Aceh, Banda Aceh.
Hukuman tersebut disaksikan ratusan penduduk tempatan.
Sementara itu, seorang lelaki berumur 35 tahun juga disebat kerana bermesra dengan seorang wanita, 40 tahun, di sebuah kedai runcit tempatan.
Keempat-empat pesalah dikenakan hukuman penjara selama beberapa bulan sebelum menjalani hukuman sebatan tersebut.
 Amalan sebat disokong ramai pihak dalam kalangan penduduk Aceh yang majoriti beragama Islam. - Gambar hiasan
Amalan sebat disokong ramai pihak dalam kalangan penduduk Aceh yang majoriti beragama Islam. - Gambar hiasan
Datuk Bandar Aceh, Aminullah Usman berkata hukuman sebat dilaksanakan bukan bertujuan untuk mencederakan pesalah.
“Hukuman sebat itu bukan bertujuan untuk mencederakan pesalah.
“Jika terdapat bukti perubatan yang mengatakan pesalah tidak cukup sihat untuk disebat, maka hukuman tersebut akan ditangguhkan, bukan dibatalkan,” kata Aminullah.
Berpelukan antara lelaki dan wanita bukan mahram merupakan satu jenayah di bawah Undang-undang Syariah di Aceh, Indonesia.
Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang mengenakan hukuman rotan terhadap pelbagai kesalahan termasuk berjudi, minum arak, hubungan sejenis (LGBT) atau seks luar nikah.
Topic Berkaitan
#Banda Aceh
#berpelukan
#Hukuman
#Indonesia
#jenayah
#penjara
#remaja
#rotan
#sebat
#seks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan