ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Julai 2026.
Negeri Sembilan tarik balik dua darjah kebesaran Rais Yatim serta-merta
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir menitahkan penarikan balik dua darjah kebesaran negeri kepada Tan Sri Mohd Rais Yatim, berkuat kuasa serta-merta.
PM ulangi permohonan maaf salah guna istilah singgung masyarakat India
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi permohonan maaf kepada masyarakat India susulan penggunaan istilah yang disifatkan beliau tidak tepat sebelum ini, sambil mengakui tersilap memilih perkataan ketika menyampaikan pandangan.
F1 kembali ke Malaysia berpotensi pacu aktiviti ekonomi lebih RM1 bilion
Penganjuran Formula Satu (F1) Grand Prix Bahrain Gulf Air (GP Bahrain) di Malaysia, selaku tuan rumah, berpotensi menjadi pemangkin utama ekonomi dengan merangsang pelbagai sektor melalui perbelanjaan lebih tinggi oleh pengunjung domestik dan antarabangsa.
RCI Tabung Haji: "Saya sedia disiasat semula" - Azeez Rahim
Beliau bagaimanapun mempersoalkan motif pengumuman isu RCI berkenaan yang dibuat secara bertubi-tubi dalam tempoh PRN Negeri Sembilan yang sedang berlangsung.
Tabung Haji hampir 'tersungkur' akibat ketamakan, salah urus kewangan - PM Anwar
Keadaan itu bagaimanapun berjaya dikesan lebih awal sebelum langkah pemulihan dilaksanakan, sekali gus membolehkan institusi berkenaan kembali berada di landasan yang betul.
RCI Tabung Haji: SPRM tubuh pasukan khas teliti unsur rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa
SPRM berkata, pasukan khas itu diketuai Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Datuk Mohd Hafaz Nazar.
AGC segera teliti laporan RCI Tabung Haji, nilai keperluan pendakwaan
Jabatan Peguam Negara (AGC) akan segera meneliti Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020 untuk menentukan sama ada terdapat pelanggaran undang-undang yang memerlukan tindakan pendakwaan.
Pendengaran permohonan Najib teruskan semula saman RM1.9 juta terhadap Tommy Thomas ditangguh
Mahkamah Persekutuan hari ini, dalam keputusan majoriti 2-1, membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan pendengaran permohonannya bagi mendapatkan kebenaran meneruskan semula saman sivil berjumlah RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas, selepas dimaklumkan bekas perdana menteri itu sedang menjalani proses pemulihan susulan prosedur rawatan jantung.
Sidang khas Dewan Rakyat 11 Ogos bahas laporan RCI Tabung Haji - PM Anwar
Sidang khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 11 Ogos ini bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH).
Tiket Madani F1 masih dirunding, konsep piknik antara cadangan - KBS
Kerajaan sedang memperhalusi pelaksanaan Tiket Madani bagi Formula 1 (F1) Bahrain Grand Prix 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Oktober ini.