awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ronaldo mahu terus beraksi sehingga capai 1,000 gol
Hamas sahkan kematian Abu Ubaidah
Melaka perkukuh agenda tenaga hijau, laksana projek solar di bumbung parkir UTC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua renjer maut dalam letupan bom, insiden berbalas tembakan di Narathiwat

Bernama
Bernama
25/02/2021
16:06 MYT
Dua renjer maut dalam letupan bom, insiden berbalas tembakan di Narathiwat
Dua anggota renjer maut manakala seorang lagi rakan mereka cedera parah dalam letupan bom paip dan insiden berbalas tembakan di Narathiwat.
NARATHIWAT: Dua anggota renjer maut manakala seorang lagi rakan mereka cedera parah dalam letupan bom paip dan insiden berbalas tembakan di sebuah kampung di Ra-ngae, Narathiwat yang terletak di selatan Thailand.
Ketua Polis Ra-ngae Piyapak Thongpanlertkun berkata dalam kejadian pada 6.50 pagi (waktu tempatan) itu, 16 anggota renjer yang sedang berehat di dalam sebuah khemah selepas melakukan rondaan di kawasan tersebut dikejutkan dengan beberapa letupan.
Beliau berkata sekumpulan individu kemudian mula melontarkan bom paip buatan sendiri dan melepaskan tembakan ke arah khemah itu.
"Insiden berbalas tembakan antara renjer dan kumpulan penyerang berlanjutan kira-kira lima minit sebelum kumpulan penyerang beredar dari tempat kejadian.
"Seorang renjer meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Ra-ngae. Seorang lagi disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati kumpulan penyerang terdiri daripada sekurang-kurangnya 15 individu.
"Kumpulan itu turut melarikan tiga laras senapang milik anggota renjer yang sedang bertugas," katanya sambil menambah pasukan keselamatan sedang mempergiat usaha untuk menjejaki suspek yang terlibat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#renjer
#letupan bom paip
#tembakan
#Narathiwat
#Ra-ngae
#Thailand
#Piyapak Thongpanlertkun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan