awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand

Astro Awani
Astro Awani
17/07/2024
00:40 MYT
Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand
Mangsa telah mendaftar masuk ke Hotel Grand Hyatt Erawan Bangkok pada dua waktu berasingan selepas tiba pada Sabtu dan Ahad di Thailand. - Foto AP
BANGKOK: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) ambil maklum mengenai laporan berkenaan dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
Jurucakap Matthew Miller berkata, AS sedang memantau rapat perkembangan siasatan berkaitan kes berkenaan dan bersedia untuk memberikan bantuan konsular kepada keluarga mangsa yang terlibat.
Ketika ini, polis Thailand sedang menyiasat kematian enam warga asing yang ditemui di dalam bilik di sebuah hotel mewah di Bangkok pada Selasa, termasuk mencari orang ketujuh berhubung kejadian itu.
Menurut polis Thailand, kesemua mangsa adalah berketurunan Vietnam, dengan dua daripadanya membawa pasport AS.
Mereka telah mendaftar masuk ke Hotel Grand Hyatt Erawan Bangkok pada dua waktu berasingan selepas tiba pada Sabtu dan Ahad di Thailand.
Kumpulan itu terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita.
Mereka telah mendaftar masuk ke bilik berbeza bagaimanapun mayat mereka ditemui di dalam satu bilik.
Kesemuma mayat ditemui tanpa sebarang tanda yang menunjukkan adanya pergelutan.
Topic Berkaitan
#Hotel Grand Hyatt Erawan Bangkok
#warga asing
#pasport AS
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan