awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir

Bernama
Bernama
19/02/2025
22:30 MYT
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Abdel Fattah al-Sisi berkata, Mesir menekankan kepentingan masyarakat antarabangsa menyokong pelan pembangunan semula Gaza (gambar) tanpa memindahkan rakyat Palestin. - Gambar fail REUTERS
KAHERAH: Masyarakat antarabangsa perlu menyokong pelan pembangunan semula Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin, kata Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi pada Rabu.
Pada 12 Feb lepas, Mesir mengumumkan hasrat untuk membentangkan satu visi bagi pembangunan semula Gaza dalam masa terdekat, yang akan memastikan kelangsungan kewujudan rakyat Palestin di tanah mereka.
Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty berkata, negaranya sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula wilayah itu.
"Kami menekankan kepentingan masyarakat antarabangsa menyokong pelan pembangunan semula Gaza tanpa memindahkan rakyat Palestin," kata al-Sisi dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez di Madrid, seperti yang dipetik Sputnik.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada awal Februari mencadangkan bahawa Washington boleh "mengambil alih" Gaza dan membangunkannya menjadi "Riviera Timur Tengah."
Pada masa yang sama, beliau menggambarkan Gaza sebagai "tapak kemusnahan" dan pernah mencadangkan penduduknya berpindah secara tetap ke negara lain, dengan Jordan dan Mesir sebagai antara destinasi yang dicadangkan.
Trump juga tidak menolak kemungkinan tentera Amerika Syarikat dihantar ke Gaza.
Cadangan itu disokong oleh Menteri Luar Israel, Gideon Saar yang menyifatkan Gaza sebagai "penyelidikan yang gagal," namun kumpulan Palestin Hamas, Mesir, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi menolak sepenuhnya idea pemindahan penduduk Gaza.
Sejak 19 Jan, gencatan senjata telah berkuat kuasa di Gaza susulan perjanjian antara Israel dan Hamas bagi pembebasan rakyat Israel yang ditawan sebagai pertukaran dengan pembebasan tahanan Palestin dari penjara Israel.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#pembangunan semula Gaza
#penduduk Palestin
#Presiden Abdel Fattah al-Sisi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan