awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Durian Filipina tembusi pasaran Mesir

Bernama
Bernama
29/05/2025
13:52 MYT
Durian Filipina tembusi pasaran Mesir
Langkah untuk mendapatkan akses pasaran bermula pada Jun 2023, apabila Filipina secara rasmi memaklumkan hasratnya untuk mengeksport durian segar ke Mesir. - Gambar hiasan
MANILA: Durian dari Filipina kini mendapat akses pasaran ke Mesir, menurut Biro Industri Tanaman di bawah Jabatan Pertanian Filipina, lapor Xinhua.
"Perkembangan ini, yang disahkan pada 18 Mei 2025, menandakan kejayaan hasil rundingan teknikal selama hampir dua tahun, penilaian risiko makhluk perosak, serta kerjasama pengawalseliaan antara Filipina dan Mesir," kata biro itu dalam satu kenyataan di media sosial pada petang Rabu.
Menurut biro itu, akses pasaran bagi durian segar ini mencerminkan pematuhan kepada peraturan serta keyakinan yang semakin meningkat terhadap sistem kesihatan dan keselamatan tumbuhan negara itu.
Langkah untuk mendapatkan akses pasaran bermula pada Jun 2023, apabila Filipina secara rasmi memaklumkan hasratnya untuk mengeksport durian segar ke Mesir.
Sejak itu, biro itu bekerjasama secara aktif dengan Pentadbiran Pusat Kuarantin Tumbuhan Mesir (CAPQ), bagi menangani isu utama berkaitan pemantauan makhluk perosak, langkah fitosanitasi dan protokol eksport.
Menurut biro itu lagi, Filipina mengeksport 14,156.87 tan durian segar ke pelbagai destinasi antarabangsa pada 2024, mencatatkan peningkatan sebanyak 199.23 peratus berbanding 2023, sekali gus menunjukkan permintaan global terhadap durian Filipina semakin meningkat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#durian
#Filipina
#eksport
#Mesir
#rundingan teknikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan