WASHINGTON: Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva berkata pada Khamis bahawa walaupun IMF menaikkan unjuran pertumbuhan global tetapi memberi amaran tentang risiko yang masih wujud, lapor Xinhua.
Semasa mengadakan sidang media di ibu pejabat IMF di Washington pada Khamis, ketua IMF itu berkata konflik antara Rusia dan Ukraine serta Israel dan Hamas serta situasi geopolitik yang kompleks masih membawa ketidakpastian kepada prospek ekonomi global.
IMF menaikkan unjuran pertumbuhan global kepada 3.1 peratus pada 2024, 0.2 mata peratusan lebih tinggi berbanding unjuran pada Oktober 2023, kata Georgieva.
Mengenai gangguan perkapalan di Asia Barat, ketua IMF berkata kargo yang melalui Terusan Suez pada Januari menurun sebanyak 43 peratus berbanding tahun sebelumnya, memberi tamparan kepada ekonomi-ekonomi berkaitan.
Beliau turut menyentuh mengenai risiko mengekalkan kadar faedah yang lebih tinggi untuk tempoh jangka masa panjang.
Sementara itu, bagi Amerika Syarikat, risiko mengekalkan kadar faedah tinggi lebih lama daripada yang diperlukan bukan hanya mendatangkan risiko terhadap ekonomi AS tetapi untuk ekonomi global, katanya.
"Apabila negara lain terutama sedang pesat membangun telah menurunkan inflasi kepada kadar faedah yang lebih rendah, jika AS terus meningkat, itu boleh memberi kesan kepada kadar pertukaran dan ia boleh memberi kesan kepada negara lain dengan cara yang agak negatif," kata Georgieva.
Mengenai ekonomi China, Georgieva memberitahu Xinhua bahawa "ekonomi China menunjukkan prestasi melebihi jangkaan pada 2023."
Beliau berkata adalah penting untuk menangani cabaran termasuk tekanan dalam sektor hartanah dan mengurus hutang kerajaan tempatan demi mengekalkan momentum ekonomi China, kata Georgieva.
Kerajaan China telah mengambil beberapa tindakan membabitkan sektor hartanah, katanya.
Komitmen China terhadap ekonomi hijau terbukti menerusi keputusan penting terutamanya dalam sektor seperti kenderaan elektrik, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 03 2024
IMF menaikkan unjuran pertumbuhan global kepada 3.1 peratus pada 2024, 0.2 mata peratusan lebih tinggi berbanding unjuran pada Oktober 2023.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
Kos tenaga, makanan global dijangka meningkat pada 2024 - Laporan Boao Forum
Terdapat kemungkinan berlaku lonjakan kos tenaga dan makanan global pada 2024 yang berpotensi memburukkan lagi inflasi di Asia.
Prestasi kewangan selepas SC ditubuhkan amat membanggakan - Sultan Perak
Pencapaian skor 92 peratus dalam penilaian sektor kewangan komprehensif oleh MF dan Bank Dunia adalah pencapaian membanggakan untuk Malaysia.
Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$114.85 bilion pada akhir Jan 2024 - BNM
Data itu tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing yang timbul daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$114.8 bilion pada 31 Jan, 2024
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Malaysia diunjur catat KDNK 4.0 peratus pada 2023, 4.5 peratus pada 2024 - AmBank
Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.0 peratus tahun ini dan 4.5 peratus bagi 2024.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$112.46 bilion pada akhir Ogos - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$112.46 bilion pada akhir Ogos 2023.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$112.94 bilion pada akhir Julai 2023 - BNM
Aset rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$112.94 bilion (US$1=RM4.64) setakat akhir Julai 2023 manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$1.7 juta, menurut Bank Negara Malaysia.
Lebih 40 negara tunjuk minat sertai BRICS
Peningkatan jumlah negara yang mahu menganggotai BRICS adalah bukti keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap keupayaan pimpinan negara-negara BRICS dalam menyelesaikan isu global.