awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi Rusia lebih teguh berbanding jangkaan walaupun dikenakan sekatan - IMF

Bernama
Bernama
28/04/2023
11:42 MYT
Ekonomi Rusia lebih teguh berbanding jangkaan walaupun dikenakan sekatan - IMF
Sejak Februari 2022, EU telah mengenakan sepuluh pakej sekatan terhadap negara itu. - Fail/AP
MOSCOW: Ekonomi Rusia ternyata lebih teguh daripada jangkaan dengan sekatan yang dikenakan tidak menjejaskan ekonominya seteruk yang disangkakan, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam Tinjauan Ekonomi Serantaunya untuk April, lapor Sputnik.
"Ekonomi Rusia setakat ini terbukti lebih berdaya tahan terhadap sekatan berbanding jangkaan awal pemerhati," kata IMF dalam dokumen itu dan menambah walaupun penurunan mendadak pada suku kedua 2022, ekonomi Rusia berjaya pulih pada suku ketiga dan suku keempat yang mengehadkan kejatuhan keluaran 2022 kepada 2.1 peratus."
Keupayaan Rusia untuk mempelbagaikan eksport minyak mentahnya dengan menjalin hubungan perdagangan dengan negara yang tidak mengenakan sekatan, menyumbang kepada jumlah dagangan eksport minyak yang berdaya tahan, sekali gus membawa hasil yang tinggi untuk ekonomi negara itu, menurut data IMF.
Lonjakan dalam perbelanjaan kerajaan, termasuk perbelanjaan berkaitan pertahanan pada separuh kedua 2022 meningkatkan KDNK Rusia sebanyak kira-kira 4 peratus daripada paras potensinya, tambah IMF.
IMF juga berkata "dengan sekatan yang mengekang import dari ekonomi Barat, lebihan akaun (belanjawan negara Rusia) meningkat kepada rekod AS$227 bilion."
Barat meningkatkan tekanan sekatan ke atas Rusia selepas permulaan operasi Moscow di Ukraine.
Sejak Februari 2022, EU telah mengenakan sepuluh pakej sekatan terhadap negara itu.
Presiden Rusia Vladimir Putin berkata dasar membendung dan melemahkan Rusia adalah strategi jangka panjang Barat dan sekatan itu telah menjejaskan keseluruhan ekonomi global.
--BERNAMA-SPUTNIK
Topic Berkaitan
#ekonomi Rusia
#sekatan perdagangan
#IMF
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan