awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elisabeth Borne dilantik Perdana Menteri Perancis yang baharu

Astro Awani
Astro Awani
17/05/2022
01:40 MYT
Elisabeth Borne dilantik Perdana Menteri Perancis yang baharu
Elisabeth Borne melambai kepada bekas perdana menteri Jean Castex selepas majlis penyerahan tugas di Paris, 16 Mei 2022. (Foto AP)
ELISABETH Borne pada Isnin dilantik sebagai Perdana Menteri Perancis yang baharu menggantikan Jean Castex.
Beliau menjadi wanita kedua memegang jawatan berkenaan dalam sejarah politik negara itu.
Borne, 61 tahun, menggantikan Castex, yang sudah dijangka meletak jawatan susulan pemilihan semula Presiden Emmanuel Macron pada pilihan raya bulan lepas.
Macron dan Borne bakal melantik kabinet penuh dalam masa beberapa hari lagi.
Sebelum Borne, wanita pertama dilantik sebagai Perdana Menteri di Perancis ialah Edith Cresson, yang menjawat jawatan berkenaan dari 1991 hingga 1992 di bawah Presiden Francois Mitterand.
Dalam kerajaan pimpinan Macron sebelum ini, Borne berkhidmat sebagai Menteri Buruh sejak 2020.
Sebelum itu, beliau pernah memegang jawatan sebagai adalah Menteri Pengangkutan dan turut pernah menerajui Kementerian Perubahan Ekologi, juga di bawah kepimpinan Macron.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Perdana Menteri
#Perancis
#Elisabeth Borne
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan