awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elon Musk akan sertai mesyuarat Kabinet rasmi pertama Trump hari ini - White House

Agensi
Agensi
25/02/2025
23:00 MYT
Elon Musk akan sertai mesyuarat Kabinet rasmi pertama Trump hari ini - White House
Memandangkan Musk bekerja bersama Presiden Trump dan Setiausaha Kabinet, maka beliau akan menyertai mesyuarat Kabinet rasmi pertama Presiden Amerika Syarikat, hari ini. - Gambar fail Reuters
WASHINGTON: Elon Musk yang bukan anggota jemaah menteri akan menghadiri mesyuarat Kabinet rasmi pertama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Rabu, kata Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt.
“Ya, betul,” kata Leavitt kepada Jeff Zeleny dari CNN apabila ditanya sama ada jutawan teknologi dan ketua Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) itu akan menghadiri mesyuarat Kabinet pertama presiden.
“Elon, memandangkan beliau bekerja bersama Presiden dan Setiausaha Kabinet kami, keseluruhan pentadbiran ini akan hadir esok,” tambah Leavitt.
Setiausaha Akhbar itu berkata, Musk akan bercakap mengenai usaha DOGE dan “bagaimana semua Setiausaha Kabinet mengenal pasti pembaziran, penipuan dan penyalahgunaan” dalam agensi mereka.
“Saya rasa anda akan mendengar daripada Presiden dan Kabinetnya apabila mereka berada di kampus esok,” kata Leavitt.
“Saya harap anda semua teruja,” katanya mengakhiri kenyataan itu.
Presiden Trump akan mengadakan mesyuarat Kabinet rasmi pertamanya hari ini, menurut pengesahan Leavitt semasa taklimat terakhir di White House.
Mesyuarat Kabinet penuh pertama Trump semasa penggal pertamanya adalah pada 12 Jun 2017. - Agensi
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#mesyuarat Kabinet Trump
#Presiden Donald Trump
#DOGE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan