ELON Musk mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter sebaik sahaja menemui "seorang yang cukup bodoh" untuk menggantinya.

Jelasnya, susulan itu beliau hanya akan "menguruskan pasukan perisian dan pangkalan".


Pengumuman itu dibuat selepas Musk melancarkan satu kaji selidik meminta pandangan pengguna Twitter tentang prestasinya sepanjang memegang jawatan sebagai ketua syarikat berkenaan.

Beliau berkata akan "menerima dan mematuhi keputusan ramai".

BACA: Elon Musk tarik balik sekatan akaun Twitter milik wartawan

BACA: Twitter gantung akaun beberapa wartawan buat liputan Elon Musk

Selepas tempoh kaji selidik berkenaan berakhir pada Ahad lepas, sejumlah 57.5 peratus responden berkata Musk perlu meninggalkan syarikat itu.

Pada akhir Oktober, Musk memuktamadkan pemerolehan Twitter bernilai AS$44 bilion.

Musk merombak operasi harian syarikat, termasuk menamatkan perkhidmatan separuh pekerjanya dan eksekutif Twitter yang bertanggungjawab ke atas privasi, keselamatan siber, dan penapisan platform berkenaan.

Sebelum menyiarkan tinjauan pendapat pada Ahad mengenai potensinya meletak jawatan sebagai ketua Twitter, Musk memaklumkan mulai sekarang, "undian akan dilakukan bagi menentukan perubahan dasar utama" di platform media sosial itu.

Teknologi | Twitter perlu kepimpinan baharu yang pakar