LOS ANGELES: Beberapa wartawan yang membuat liputan mengenai Elon Musk digantung daripada Twitter pada Khamis, beberapa hari selepas satu akaun yang menjejaki keberadaan jet peribadi Musk diharamkan daripada platform itu.
Antara akaun yang digantung ialah Ryan Mac dari The New York Times, Donie O'Sullivan dari CNN, Matt Binder dari Mashable, Drew Harwell dari The Washington Post, pakar politik Keith Olbermann dan Steve Herman dari Voice of America yang dibiayai kerajaan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Catatan terakhir Harwell sebelum akaunnya digantung ialah mengenai Twitter menamatkan akaun seorang daripada pesaingnya, Mastodon, kerana menyiarkan pautan ke versi akaun @ElonJet sendiri yang menjejaki pesawat Musk, menurut ciapan wartawan NBC News Ben Collins.
Ciapan terakhir Olbermann pula ialah meminta orang ramai menulis semula perkataan demi perkataan catatan Harwell dan memautkan ke artikel wartawan bebas Aaron Rupar yang akaunnya juga digantung, selepas mengkritik Musk kerana "cosplay populisnya" semasa menjadi antara lelaki terkaya di dunia .
Mac menerusi akaun baharunya menulis bahawa beliau tidak diberi amaran atau penjelasan atas penggantungan akaunnya.
"Saya membuat laporan di Twitter, Elon Musk dan syarikatnya. Dan saya akan terus berbuat demikian," tulisnya. Collins mengesahkan dalam ciapan di akaun baharu, @MacSilenced, adalah Mac sebenar.
Sembilan atau lebih akaun yang digantung pada malam Khamis bukanlah yang pertama ditamatkan selepas ciapan mengenai Musk.
Akaun @ElonJet yang sebelum ini digantung, diaktifkan semula sekejap dan kemudiannya dikeluarkan walaupun Musk berjanji sebelum ini untuk membiarkan akaun itu.
"Komitmen saya terhadap kebebasan bersuara menjangkau sehingga tidak melarang akaun itu mengikuti pesawat saya, walaupun itu adalah risiko keselamatan peribadi secara langsung," kata Musk dalam ciapannya 6 Nov.
Musk yang percayai kepada kebebasan bersuara secara mutlak, berjanji untuk membuat perubahan besar pada platform media sosial itu sebaik sahaja dia memuktamadkan kawalan ke atas syarikat itu.
Beliau mengkritik larangan Twitter terhadap beberapa jenis ucapan dan mempersoalkan sama ada peraturan itu menjejaskan demokrasi.
Bulan lepas, Twitter mengembalikan akaun bekas Presiden Donald Trump yang digantung pada Januari 2021 kerana peranannya dalam menghasut rusuhan ganas di Capitol AS.
Di bawah Musk, syarikat itu juga memulihkan akaun pengguna kontroversial lain, termasuk podcaster Kanada konservatif Jordan Peterson dan Wakil Republikan Marjorie Taylor Greene.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 16 2022
Sembilan atau lebih akaun yang digantung pada malam Khamis bukanlah yang pertama ditamatkan selepas ciapan mengenai Musk. - Fail/REUTERS
Penyu PD pulang bertelur, orang ramai jangan buat kacau ganggu
Selepas menemui 159 telur penyu karah di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson, pada Jumaat, kini sebanyak 117 telur penyu agar pula ditemui pada Sabtu.
Che'gubard direman dua hari
Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.
Buletin AWANI Khas: Mesyuarat khas WEF di Arab Saudi, PM Anwar & Pemimpin dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini.
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Elon Musk mungkin kenakan caj untuk pengguna X baharu, sebelum boleh lakukan perkongsian
Ia dikatakan mungkin adalah satu-satunya cara mengatasi masalah bot spam, apatah lagi dengan pelbagai kebolehan teknologi AI.
Lebih 10 peratus pekerja Tesla di seluruh dunia diberhentikan
Tesla memberhentikan lebih 10 peratus tenaga kerja globalnya akibat penurunan jualan dan perang harga yang meningkat untuk kenderaan elektrik (EV).
X akan buang ciri sorok calit biru
X mula beri notifikasi bahawa ciri menyorokkan calit ini akan dihentikan dalam masa terdekat. Ia muncul dalam tetapan pelanggan X Premium.
Elon Musk sasar pengenalan Tesla Robotaxi pada 8 Ogos
Musk berkongsi mengenainya selepas Reuters melaporkan Tesla membatalkan pembangunan kereta mampu milik mereka disebabkan persaingan bersama syarikat pengeluar lain.
Di tangga ketiga manusia paling kaya dunia, Zuckerberg kini atasi Musk
Mark Zuckerberg mempunyai nilai kekayaan mencapai $187 bilion, mengatasi Elon Musk dengan nilai kekayaan $181 bilion.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
Lelaki lumpuh guna implan otak kawal komputer dengan fikiran
Seorang lelaki yang keempat-empat anggota tubuhnya menjadi lumpuh mampu mengawal komputer hanya menggunakan fikirannya.
Musk pertahan diri ambil dadah
ELON Musk menganggap penggunaan dadah oleh dirinya sendiri memberi manfaat kepada pelabur Tesla dalam satu temu bual disiarkan pada Isnin.