awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat anggota militan ditemui maut selepas enam hari dikepung

Bernama
Bernama
04/10/2021
14:12 MYT
Empat anggota militan ditemui maut selepas enam hari dikepung
Empat anggota militan yang dikehendaki pihak berkuasa ditemui maut di sebuah hutan paya di Bacho, Narathiwat selepas enam hari dikepung. - Gambar fail
NARATHIWAT (Selatan Thailand): Empat anggota militan yang dikehendaki pihak berkuasa ditemui maut di sebuah hutan paya di Bacho, Narathiwat selepas enam hari dikepung.
Jurucakap Pusat Arahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Bahagian Ke-4 Kol Kiattisak Neewong berkata pasukan keselamatan telah mengepung hutan paya itu selama enam hari.
Insiden berbalas tembakan turut dilaporkan berlaku semasa mereka dikepung dengan seorang anggota keselamatan maut dalam kejadian tembakan pada Sabtu lepas.
"Pada awal pagi Ahad, insiden berbalas tembakan lagi berlaku dan berlanjutan sehingga lewat petang. Apabila keadaan reda, pasukan keselamatan menemui empat mayat di hutan paya.
"Tiga laras senjata api jenis Rifle dan sepucuk pistol serta dua butir bom tangan ditemui berdekatan dengan mayat," katanya pada satu sidang media di sini hari ini.
Beliau menambah bahawa kesemua anggota militan itu mempunyai rekod jenayah dan beberapa waran tangkap tertunggak.
Mayat keempat-empat anggota militan itu dituntut ahli keluarga selepas proses bedah siasat dan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kg Duku Surau Bacho.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#militan
#tembakan
#maut
#Narathiwat
#Bacho
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan