MANILA: Empat anggota polis Filipina yang dipercayai anggota sindiket penculikan telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes penculikan empat warga asing di Pasay City, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
Setiausaha Jabatan Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan (DILG), Benjamin Abalos Jr. dan Ketua Polis Negara Filipina (PNP), Jeneral Rommel Francisco Marbil memperkenalkan suspek - Mejar Christel Villanueva, Staf Sarjan Ralph Tumanguil, Sarjan Mejar Ricky Tabora, dan Sarjan Mejar Kanan Angelito David - dalam satu sidang media di Camp Crame pada Rabu.
Villanueva dan Tumanguil kedua-duanya ditugaskan di Balai Polis Pasay City manakala Tabora dan David masing-masing ditugaskan di Pejabat Polis Wilayah Ibu Kota Negara (NCRPO) dan Balai Polis Makati City.
Laporan menunjukkan bahawa mangsa - tiga warga China dan seorang warga Malaysia - telah diculik oleh suspek menggunakan kenderaan utiliti sukan (SUV) di sepanjang Taft Avenue di Pasay City pada sekitar pukul 12.30 tengah malam pada 2 Jun.
Kenderaan mangsa telah diberhentikan oleh dua anggota polis yang menunggang motosikal PNP dan sekumpulan lelaki bersenjata menaiki van putih, lapor PNA.
Dua daripada mangsa dipaksa masuk ke dalam van manakala dua lagi melawan dan berjaya melarikan diri.
Mereka yang melarikan diri meminta bantuan daripada "Pegawai Barangay", yang kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis tempatan.
Abalos berkata dua warga China yang diculik telah dibebaskan pada 3 Jun selepas membayar wang tebusan sebanyak kira-kira PHP2.5 juta (AS$42,635).
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh menunjukkan suspek yang dikenal pasti dan mereka ditahan pada 3 Jun.
PNA memetik Abalos berkata 10 lagi suspek awam dan dua orang lagi yang dipercayai dalang kes ini masih bebas.
"Ini adalah sindiket kerana terdapat lebih daripada dua atau tiga orang yang berkumpul untuk tujuan jenayah yang sama. Ini adalah arah penyiasatan kita," katanya.
Abalos juga berang dengan penggunaan sumber polis dalam aktiviti haram ini.
"Kejadian ini adalah pelanggaran serius terhadap kepercayaan awam dan nilai teras pasukan polis. PNP tidak akan bertolak ansur dengan sebarang salah laku dalam kalangan anggotanya," katanya.
Sementara itu, Marbil memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap suspek polis yang mencemarkan imej PNP.
"Kami tidak gembira apabila anggota polis terlibat dalam aktiviti haram. Ini mempunyai hukuman penjara seumur hidup dan ini harus menjadi amaran tegas bahawa kami tidak akan memaafkan," katanya.
Suspek kini ditahan di Balai Polis Pasay City dan didakwa dengan pertuduhan penculikan untuk wang tebusan dan kecurian kereta di Pejabat Pendakwa Raya Pasay City pada Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 06 2024
Suspek kini ditahan di Balai Polis Pasay City dan didakwa dengan pertuduhan penculikan untuk wang tebusan dan kecurian kereta di Pejabat Pendakwa Raya Pasay City. - Gambar hiasan
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Empat anggota polis ditahan, disyaki culik pelancong asing di Pasay City, Filipina
Kenderaan mangsa telah diberhentikan oleh dua anggota polis yang menunggang motosikal PNP dan sekumpulan lelaki bersenjata menaiki van.
Terlalu ganas, Apple buang karektor Rodrigo Duterte
Pembekal perkhidmatan aplikasi telefon bimbit Apple App Store membuang karektor Presiden Filipina Rodrigo Duterte dari permainan video popular 'Duterte Know Kung Fu - Pinoy Crime Fighter'.