awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat ditahan di Australia dipercayai terlibat cubaan letupkan pesawat

Agensi
Agensi
30/07/2017
00:23 MYT
Empat ditahan di Australia dipercayai terlibat cubaan letupkan pesawat
TURNBULL: Setelah mendapat nasihat daripada agensi keselamatan dan perisikan negara, kerajaan bertindak pantas bagi melindungi orang awam ketika operasi dijalankan. -Gambar fail
Pihak berkuasa Australia menyerbu empat kawasan kejiranan di pinggir bandar Sydney dalam satu operasi anti keganasan pada lewat Sabtu malam.
Serentak itu empat suspek ditahan dipercayai ada kaitan dengan cubaan meletupkan sebuah pesawat.
Menurut Perdana Menteri Australia dalam sidang medianya pagi ini, serbuan dijalankan susulan siasatan berterusan dalam membasmi keganasan.
"Setelah mendapat nasihat daripada agensi keselamatan dan perisikan negara, kerajaan bertindak pantas bagi melindungi orang awam ketika operasi dijalankan.
"Selain itu, langkah-langkah keselamatan tambahan turut diperketatkan di lapangan terbang Sydney, juga di semua lapangan terbang domestik dan antarabangsa pada Khamis," kata Turnbull.
Menurut organisasi risikan dan keselamatan Australia, operasi dijalankan itu adalah antara yang terbesar.
Australia merupakan antara negara yang meningkatkan tahap keselamatan susulan ancaman keganasan.
Topic Berkaitan
#Australia
#cubaan letup pesawat
#keganasan
#malcolm turnbull
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan