CHANGSHA: Empat orang maut manakala dua lagi cedera selepas kebakaran berlaku di sebuah bangunan kediaman di Changsha, ibu negeri Wilayah Hunan, tengah China pada Sabtu, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa bomba tempatan pada Ahad.
Kebakaran berlaku pada 3.54 pagi Sabtu. Pasukan bomba menyelamatkan enam mangsa dari bangunan kediaman bertingkat tinggi itu dan menghantar mereka ke hospital untuk rawatan.
Siasatan mengenai punca kebakaran sedang dijalankan.
-- BERNAMA-XINHUA