RIO DE JANEIRO:Empat pemain bola sepak dari kelab Brazil, Palmas meninggal dunia dalam nahas pesawat pada Ahad ketika terbang secara berasingan dari pasukannya selepas sebelum ini disahkan positif COVID-19.
Presiden kelab itu yang turut menaiki penerbangan sama juga meninggal dunia dalam nahas itu setelah pesawat tiba-tiba terhempas di hujung landasan semasa berlepas, lapor Washington Post.
Menurut laporan itu lagi, juruterbang juga maut dalam nahas itu dan semua penumpang dalam pesawat itu dalam perjalanan ke Goiania, di wilayah tengah negara itu, untuk bermain menentang Vila Nova.
Bercakap kepada The Associated Press, jurucakap kelab Izabela Martins berkata, semua pemain tidak menaiki kapal terbang yang sama dengan pemain lain kerana mereka positif COVID-19 sebelum ini.
BACA: Pesawat bawa pemain, presiden kelab bola sepak Brazil terhempas
Menurutnya, mereka sudah kuarantinkan diri sebelum ini dan Ahad merupakan hari terakhir mereka kuarantin.
Mangsa dikenali sebagai presiden Lucas Meira dan pemain Lucas Praxedes, Guilherme Noé, Ranule dan Marcus Molinari, kata kelab itu manakala maklumat juruterbang masih belum diperolehi.
Palmas Futebol e Regatas ditubuhkan pada tahun 1997 dan bermain di divisyen keempat Brazil.
Punca kemalangan masih belum diketahui.
Sebelum ini Astro AWANI melaporkan sebuah pesawat yang membawa presiden dan empat pemain sebuah kelab bola sepak Brazil terhempas sebentar tadi dalam kejadian di Tocantins.
Jurucakap kelab itu dalam satu kenyataan pada Isnin berkata pesawat malang tersebut tiba-tiba terhempas di hujung landasan ketika sedang berlepas.
Agensi
Mon Jan 25 2021
Juruterbang pesawat turut dilaporkan maut dalam nahas itu. - Foto Twitter @BrasilEdition
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Tiada bahan mencurigakan dalam pesawat Air India Express - Polis Singapura
Polis Singapura memaklumkan tiada barang mencurigakan ditemukan di dalam pesawat Air India Express AXB684 Air India Express selepas pemeriksaaan keselamatan.
Jepun hantar pesawat SDF untuk kemungkinan misi evakuasi di Lubnan
Sebanyak dua pesawat pengangkut C-2 berlepas dari Pangkalan Udara Miho di wilayah barat Tottori menuju Jordan dan Greece untuk bersiap sedia.
Boeing ramal hampir 44,000 pesawat diperlukan menjelang 2043
Boeing jangka jumlah keseluruhan pesawat penumpang dan kargo yang digunakan di seluruh dunia akan hampir dua kali ganda menjelang 2043.
Pintu tandas pesawat Cathay Pacific tertanggal ketika dalam perjalanan ke New York
Pintu itu tertanggal kira-kira tiga minit selepas pesawat tersebut berlepas.
Anak hilang di KLIA2 rupa-rupanya ada dalam pesawat
Setiap keluarga yang memiliki anak autisme sudah pasti menghadapi pelbagai ujian besar.
Pesawat hilang 'hidung' kerana hujan batu
Insiden cemas itu berlaku selepas penerbangan OS434 berdepan ribut hujan batu setelah meninggalkan Palma de Mallorca.
Enjin terbakar, pesawat kargo terpaksa mendarat cemas
Sebuah pesawat kargo melakukan pendaratan cemas pada pagi Selasa beberapa saat selepas berlepas dari lapangan terbang Narita, Tokyo berikutan laporan kebakaran pada satu daripada enjinnya.
Angin kencang 'alihkan' pesawat di parkir
Ribut pada Selasa itu turut menghasilkan hujan batu, termasuk tiupan setinggi 153 kilometer sejam di Dallas-Fort Worth.
Pemberi maklumat Boeing ditemui mati beberapa hari selepas beri keterangan
Bekas pekerja Boeing yang lantang menyuarakan kebimbangan mengenai piawaian keselamatan pengeluaran pesawat syarikat itu ditemui mati.