GAZA: Seramai enam orang disahkan terbunuh, dan ratusan lagi cedera dalam kejadian serangan balas Pejuang pembebasan Al-Quds dan Briged Al-Qassam Hamas pada pagi Sabtu, susulan pencerobohan rejim Israel di Palestin.
Selain serangan kira-kira 5,000 peluru berpandu yang dilancarkan, media antarabangsa melaporkan pejuang Palestin juga telah berjaya melolosi Sempadan Gaza, yang terletak di Selatan Israel, dengan visual menujukkan beberapa orang tentera Israel telah ditahan dalam keadaan cedera.
Jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF) , Richard Hecth memberitahu media, serangan itu merupakan kombinasi melalui paraglider, laut dan darat.
Dalam visual yang diterbitkan Al-Qassam, kelihatan beberapa orang pejuang mereka berjaya melepasi sempadan yang dikawal pasukan tentera, dengan menaiki motosikal.
Selain itu beberapa orang awam dan polis Israel dilihat melakukan serangan bersenjata terhadap pejuang Hamas di bandar Sderot, yang terletak di Selatan Israel.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, beliau telah mengarahkan 'pembersihan' ke atas penempatan tentera Palestin yang menyerang Israel.
Berikrar bahawa Hamas dan Al-Qassam akan menanggung kesannya, Netanyahu berkata, beliau telah mengarahkan pergerakan tentera secara besar-besaran.
Awal hari ini, Ketua Angkatan Tentera Penentang dan Briged Al-Qassam, Muhammad Al-Deif dilaporkan sebagai berkata, Israel tidak mengendahkan amaran yang telah diberikan, sehingga mencemar kesucian Masjid Al-Aqsa dan membunuh ratusan warga Palestin.
"Kami telah memberi amaran kepada pihak Israel sebelum ini. Mereka menyerang Morabitun (Jawatankuasa Penjaga al-Aqsa) dan penjaga-penjaga Masjid al-Aqsa, dan kami telah beri amaran supaya mereka hentikan tindakan itu. Israel berani mencemarkan kesucian Masjid al-Aqsa,” tegasnya lagi.
Menurut kenyataan itu lagi, kumpulan pembebasan Palestin membuat keputusan untuk menoktahkan segala jenayah yang dilakukan oleh penceroboh Israel, dan mengumumkan bermulanya operasi Al-Aqsa.
Operasi tersebut akan menyasarkan lapangan terbang dan kubu tentera, dengan menggunakan lebih 5,000 peluru berpandu.
Muhammad Al-Deif turut menyeru semua pejuang pembebasan untuk melancarkan serangan ke atas pendudukan Israel dengan apa cara dan peralatan yang ada, sekali gus menamatkan koordinasi keselamatan dengan pihak Israel.
Agensi
Sat Oct 07 2023
Selain serangan kira-kira 5,000 peluru berpandu yang dilancarkan, media antarabangsa melaporkan pejuang Palestin juga telah berjaya melolosi Sempadan Gaza, di Selatan Israel, dengan visual menujukkan beberapa orang tentera Israel ditahan.
[TERKINI] PM sampaikan Perutusan Negara malam ini
Astro AWANI akan membawakan siaran langsung komprehensif bersama pakar bermula pukul 8.30 malam.
Dua pegawai penguat kuasa direman empat hari
Dua pegawai penguat kuasa sebuah badan beruniform direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah lebih RM23,000.
Thailand umum rancangan jadi hab penerbangan Asia Pasifik
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan rancangan tiga peringkatnya untuk menjadi hab penerbangan di rantau ini. Ia bakal meningkatkan kapasiti pengembara udara kepada 270 juta orang setahun menjelang 2037 dan menjadi antara lima negara teratas dalam logistik udara di Asia-Pasifik .
Liga Super: JDT catat kehadiran penyokong tertinggi perlawanan kedua
JDT menerima kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim dan menyaksikan tuan rumah berjaya melakar kemenangan 3-1.
'Bahang' iklim amat ketara di Asia, apa tindakan kita?
Pakar dari Institut Meteorologi Royal Netherlands, Carolina Pereira Marghidan menekankan penyampaian maklumat lebih berkesan menggunakan teknologi terkini segera diguna pakai dalam mendepani isu perubahan iklim yang semakin merosot sehingga menjejaskan kesejahteraan manusia.
Ia susulan kajian saintis serta pakar kumpulan World Weather Attibution (WWA) baru-baru ini mendedahkan bahawa Asia jadi benua paling ketara menerima kesan perubahan iklim dengan purata suhu ekstrem 40 darjah celsius di kebanyakkan kawasan, manakala suhu tertinggi 46 darjah celsius direkodkan di India pada bulan April. Ayuh bertindak! Kita #JagaBumi
#HariBiodiversitiSedunia #AWANIGreenAction
Ia susulan kajian saintis serta pakar kumpulan World Weather Attibution (WWA) baru-baru ini mendedahkan bahawa Asia jadi benua paling ketara menerima kesan perubahan iklim dengan purata suhu ekstrem 40 darjah celsius di kebanyakkan kawasan, manakala suhu tertinggi 46 darjah celsius direkodkan di India pada bulan April. Ayuh bertindak! Kita #JagaBumi
#HariBiodiversitiSedunia #AWANIGreenAction
[KOLUMNIS] PRK KKB: UMNO ‘king maker’ senyap?
Di Kuala Kubu Baharu, UMNO dilihat sebagai penentu dan king maker dengan menghadiahkan satu blok undi, dalam jumlah yang besar.
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.
Thailand umum rancangan jadi hab penerbangan Asia Pasifik
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan rancangan tiga peringkatnya untuk menjadi hab penerbangan di rantau ini. Ia bakal meningkatkan kapasiti pengembara udara kepada 270 juta orang setahun menjelang 2037 dan menjadi antara lima negara teratas dalam logistik udara di Asia-Pasifik.
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC
Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi.
Lebih 60,000 rakyat Palestin tunai solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa
Lebih 60,000 rakyat Palestin menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki pada Rabu.
Rejim zionis lepas bom pemedih mata, pukul jemaah di Masjid Al-Aqsa dengan cota
Saksi berkata serangan dron tersebut bagi memaksa jemaah meninggalkan pekarangan Masjid Al-Aqsa.
AS gesa Israel benarkan umat Islam beribadat di Al-Aqsa di bulan Ramadan
Kebenaran itu bukan hanya soal memberi orang kebebasan beragama kepada yang layak dan ada hak, bahkan ia juga penting untuk keselamatan Israel.
Polis Israel tutup Masjid Al-Aqsa kepada jemaah Islam
Polis Israel pada Selasa menutup Masjid Al-Aqsa dan menghalang jemaah Islam daripada memasukinya.
#QuranHour For Gaza bukti kebersamaan umat Islam - Shaykh Rami
Katanya, sudah menjadi satu kemestian untuk umat Islam bersama-sama melindungi Masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama.
Hamas seru rakyat Palestin berhimpun di Al-Aqsa, lakukan protes serangan Israel ke atas Gaza
Hamas gesa rakyat Palestin bertahan di pekarangan Masjid Al-Aqsa sepanjang hari ini dengan umat Islam menunaikan solat Jumaat.
Malaysia kutuk serangan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa
Serangan itu adalah tindakan provokasi yang disengajakan dan pencabulan terang-terangan terhadap kesucian masjid.
Setelah 54 tahun, OIC gagal lindungi Masjid Al-Aqsa - NGO Islam
Rasa cinta terhadap Al-Aqsa seharusnya menyatukan umat Islam untuk meneruskan perjuangan membebaskannya daripada rejim Israel.
Malaysia sokong perjuangan Palestin, kutuk tindakan cemar kesucian Masjid Al-Aqsa
Mohd Na'im berkata, Malaysia sentiasa konsisten dalam memperjuangkan setiap hak rakyat Palestin yang berpaksikan kepada keadilan.
Malaysia kutuk tindakan Menteri Keselamatan Negara Israel ceroboh Masjid Al-Aqsa
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, yang menceroboh Masjid Al-Aqsa dan perkarangannya pada 21 Mei.