INTERNATIONAL
Enggan mengaku kalah, Prabowo beri amaran kedaulatan Indonesia kini tergugat!

Prabowo mendakwa wujud penyelewengan proses kiraan undi yang sedang dijalankan ketika ini. - Facebook/PrabowoSubianto
"Ternyata kedaulatan rakyat kita, kedaulatan rakyat saudara sekarang ini sedang terancam," kata calon Pemilihan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.
Katanya, pihaknya mendapat laporan mengenai wujud penyelewengan proses kiraan undi yang sedang dijalankan ketika ini.
Malah beliau mendakwa wujud amalan politik wang secara besar-besaran bagi memastikan kekalahannya.
"Kami mendapat laporan mengenai banyak kes penyelewengan dalam peruntukan undang-undang, penyimpangan daripada peraturan amalan demokrasi telah berlaku di mana-mana," adu Prabowo menerusi video yang dimuat naik ke akaun Facebooknya.
"Lebih mengejutkan ada yang menggantikan kertas undi, penggunaan politik wang secara besar-besaran (dan) penggunaan aset negara untuk mempertahankan kepentingan satu pihak, yang jelas merupakan pelanggaran besar undang-undang dan peraturan demokrasi."
Prabowo juga menegaskan beliau masih menungguli kiraan undi pada sekitar 61 hingga 64 peratus, jauh mengatasi tinjauan kiraan pantas 12 agensi tinjauan kiraan pantas yang semuanya menamakan penyandang, Jokowi Dodo sebagai pemenang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami