awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enjin pesawat Lion Air terbakar sejurus berlepas

Bernama
Bernama
27/10/2022
04:15 MYT
Enjin pesawat Lion Air terbakar sejurus berlepas
Pesawat membawa 169 penumpang dan enam anak kapal terpaksa berpatah balik 32 minit kemudian dan berjaya mendarat dengan selamat. -Gambar fail/Reuters
JAKARTA: Pesawat Lion Air JT330 terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta sejurus berlepas akibat kebakaran yang berlaku di bahagian enjin.
Pesawat menuju ke Palembang di wilayah Sumatera Selatan itu membawa 169 penumpang dan enam anak kapal berlepas pada 5.14 petang waktu tempatan pada Rabu, terpaksa berpatah balik 32 minit kemudian dan berjaya mendarat dengan selamat.
"Pada ketinggian 3,000 kaki, juruterbang mendapati operasi satu daripada komponen kapal terbang tidak berfungsi," menurut kenyataan syarikat penerbangan tambang murah Indonesia itu.
Pegawai komunikasinya Danang Mandala Prihantoro berkata siasatan sedang dijalankan.
Sementara itu, jurucakap Polis Metropolitan Jakarta Endra Zulpan berkata pesawat itu mengalami masalah pada enjin di bahagian kiri pesawat, lapor portal berita tempatan, liputan6.com.
Penumpang telah dipindahkan ke pesawat lain dan berlepas semula pada 7.40 malam waktu tempatan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lion Air
#enjin terbakar
#Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta
#pesawat ke Palembang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan