awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine

Bernama
Bernama
12/02/2025
05:45 MYT
EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
EU dan negara anggotanya setakat ini memperuntukkan EUR134 bilion untuk menyokong peperangan. - Gambar fail/ Reuters
MOSCOW: Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik Ahli Parlimen Eropah dari parti pemerintah Hungary, Fidesz, Csaba Domotor.
"Terdapat satu laporan di laman sesawang Majlis Eropah.
"Menurut laporan itu, EU dan negara anggotanya setakat ini memperuntukkan EUR134 bilion untuk menyokong peperangan.
"Jumlah ini adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding dana pembangunan serantau yang diperuntukkan dalam tempoh semasa.
"Malah, sekitar 10 peratus daripada keseluruhan belanjawan tujuh tahun EU dibelanjakan untuk perang," kata Domotor di media sosial pada Selasa.
Beliau turut berkata bahawa prospek masa depan lebih membimbangkan kerana Amerika Syarikat sedang mengurangkan perbelanjaan ketenteraan, manakala gabungan pemerintah dalam Parlimen Eropah tidak mempunyai rancangan untuk berbuat demikian, meskipun ekonomi Eropah berada dalam keadaan lembap.
Sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan khas di Ukraine pada Februari 2022, negara-negara Barat menyalurkan bantuan ketenteraan dan kewangan kepada Kyiv.
Rusia secara konsisten memberi amaran bahawa penghantaran senjata oleh Barat hanya akan memanjangkan konflik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#EU
#bekal senjata
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan