awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU bentang senarai langkah balas susulan tarif baharu AS

Bernama
Bernama
14/07/2025
15:36 MYT
EU bentang senarai langkah balas susulan tarif baharu AS
Sefcovic (tengah) berkata, EU masih berharap dapat mencapai penyelesaian melalui rundingan dalam pertikaian dengan Washington. - Reuters
BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) sedang menyediakan langkah balas berupa tarif tambahan ke atas import dari Amerika Syarikat (AS) bernilai EUR72 bilion (AS$84 bilion), umum Pesuruhjaya Perdagangan EU Maros Sefcovic pada Isnin susulan pengumuman tarif baharu oleh Presiden AS Donald Trump, lapor agensi berita Jerman (dpa).
EU masih berharap dapat mencapai penyelesaian melalui rundingan dalam pertikaian dengan Washington berhubung dakwaan ketidakseimbangan perdagangan dan ancaman kenaikan tarif, serta mengelakkan pelaksanaan tarif balas.
Trump baru-baru ini mengumumkan bahawa beliau akan mengenakan tarif sebanyak 30 peratus ke atas import dari blok itu bermula 1 Ogos. Menteri-menteri perdagangan EU bertemu di Brussels pada Isnin untuk membincangkan tindak balas terhadap pengumuman itu serta merangka langkah balas sewajarnya.
Senarai langkah balas yang kini dikemukakan kepada negara anggota EU itu berpandukan cadangan Suruhanjaya Eropah pada Mei lalu, yang pada asalnya meliputi barangan perindustrian dan pertanian dengan jumlah import sekitar EUR95 bilion.
Selepas perbincangan dengan ibu negara anggota dan wakil industri, senarai itu telah dipinda. Sefcovic bagaimanapun tidak mendedahkan barangan yang telah dikeluarkan daripada senarai berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah
#tarif tambahan
#import
#Amerika Syarikat
#Maros Sefcovic
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan