Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat telah bersetuju untuk meneruskan perbincangan dalam usaha mengadakan satu perjanjian perdagangan bebas (FTA) rentas Atlantik.

Perjanjian perdagangan bebas itu sekiranya dimeterai akan menjadikan ia perjanjian bebas terbesar dunia pernah dirundingkan.

Inisiatif untuk diadakan FTA itu diumumkan Presiden Barack Obama semasa ucapan negaranya di Washington kelmarin.

Menurut Presiden Suruhanjaya Eropah, Jose Manuel Barosso perjanjian sedemikian akan menggalakkan lagi pengeluaran ekonomi rantau berkenaan sebanyak 0.5%.

Jumlah dagangan diantara Amerika dan EU kini hampir mencecah 2. 69 bilion dolar Amerika setiap hari.

Sementara itu jurucakap Amerika berkata antara matlamat perjanjian FTA berkenaan termasuk menghapuskan tarif import sebanyak 4% serta sekatan perdagangan lain, antaranya proses kelulusan perniagaan diantara dua benua itu.

Rundingan awal mengenai FTA rentas Atlantik itu dijangka bermula menjelang suku ketiga tahun ini di mana ia akan membabitkan banyak rundingan dalam sektor pertanian dan komersil.