KUALA LUMPUR: Ukraine terus menerima sokongan masyarakat antarabangsa susulan serangan Rusia ke atas negara itu, minggu lalu.
Kesatuan Eropah (EU) menggesa Malaysia mengundi menyokong draf resolusi di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengecam pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, yang akan diketahui pada akhir minggu ini.
"Apa yang kita mahu ialah menyampaikan mesej yang sama seperti Majlis Keselamatan, bahawa Rusia bersendirian dalam tindakan mereka," kata Duta Perancis ke Malaysia, Roland Galharague dalam sesi pertemuan wakil EU bersama media di ibu negara, hari ini.
Turut hadir ialah Duta EU ke Malaysia, Michalis Rokas dan Duta Jerman ke Malaysia, Peter Blomeyer.
Galharague mengingatkan bagaimana Malaysia juga merupakan salah satu negara yang mengundi bagi mengecam rampasan Crimea oleh Rusia dalam undian Perhimpunan Agung PBB pada 2014.
“Jika Malaysia mengundi menyokong resolusi 2014, maka sudah tentu Malaysia juga akan mengundi resolusi kali ini.
"Ini kerana satu-satunya pertahanan muktamad terletak pada prinsip integriti wilayah, kedaulatan, kemerdekaan politik dan hak untuk membuat pilihan sendiri," jelasnya.
Rusia menggunakan kuasa veto untuk menghalang resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Jumaat yang menuntut agar Moscow menghentikan serangan ke atas Ukraine serta mengundurkan tenteranya.
Pengundian berakhir dengan keputusan 11-1 kecuali China, India dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang tidak mengundi.
Pengundian tersebut dilihat sebagai kemenangan buat negara-negara Barat bagi menunjukkan Rusia diasingkan dari masyarakat antarabangsa.
Ia mencetuskan mesyuarat tergempar Perhimpunan Agung PBB yang mula bermesyuarat pada Isnin untuk membahaskan perkara itu, dengan 193 anggota dijangka mengundi pada akhir minggu ini.
Madiha Abdullah
Tue Mar 01 2022
Galharague mengingatkan bagaimana Malaysia juga merupakan salah satu negara yang mengundi bagi mengecam rampasan Crimea oleh Rusia dalam undian Perhimpunan Agung PBB pada 2014. - Bernama
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Serangan Rusia di Ukraine ragut 9 nyawa, 20 cedera
Rakaman di lokasi turut menunjukkan api marak dari bangunan yang musnah bersama beberapa kereta yang terbakar dengan mayat di dalamnya.
Zelensky kemuka syarat baharu gencatan senjata, Moscow berdiam diri
Zelensky menyuarakan kesediaannya untuk menamatkan fasa "panas" konflik dengan Rusia sekiranya keanggotaan Ukraine dalam NATO dipercepat.
Rusia serang infrastruktur tenaga Ukraine, jutaan terjejas
Serangan tersebut adalah tindak balas terhadap penggunaan peluru berpandu jarak sederhana (ATACMS) oleh Ukraine, yang dibekalkan AS.
KPT semak kesahihan pelajar Malaysia jadi tentera upahan di Ukraine
KPT akan mendapatkan maklumat lengkap berhubung dakwaan seorang pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di luar negara terlibat sebagai tentera upahan di Ukraine.
Pentagon sahkan tentera Korea Utara di Kursk, Rusia
Maklumat awal mencadangkan Rusia mungkin meletakkan tentera Korea Utara dalam peranan infantri menentang tentera Ukraine.
Populasi Ukraine dianggar menurun sebanyak 10 juta sejak 2014 - UNFPA
Florence Bauer berkata, lapan juta daripada penurunan jumlah populasi itu berlaku sejak konflik Moscow-Kyiv pada 2022.
Warga AS dihukum penjara lebih 6 tahun oleh mahkamah Moscow dalam kes tentera upahan
Mahkamah mendapati Hubbard bersalah atas jenayah di bawah Perkara 359, Seksyen 3 Kanun Jenayah Persekutuan Rusia.
Rusia lapor tembak jatuh 125 dron Ukraine
Pertahanan udara Rusia telah menembak jatuh 125 dron Ukraine, menurut Kementerian Pertahanan pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Rusia, Ukraine tukar 206 tahanan dalam masa dua hari
Pertukaran tahanan itu berlaku selepas kejayaan rundingan di mana Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi orang tengah.
Ukraine, Rusia saling bertukar lebih 100 tawanan perang
Rusia dan Ukraine pada Sabtu mengadakan pertukaran besar tawanan, dengan kedua-dua pihak menukar lebih daripada 100 askar yang ditawan.