awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU tangguh tarif ke atas barangan AS biarpun Trump umumkan levi 30 peratus

Bernama
Bernama
13/07/2025
21:30 MYT
EU tangguh tarif ke atas barangan AS biarpun Trump umumkan levi 30 peratus
Von der Leyen (gambar) menegaskan EU tidak akan berdiam diri dan akan terus bersiap sedia dengan tindakan balas tambahan dalam beberapa minggu akan datang. - Gambar fail/AP
BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) akan melanjutkan penangguhan tarif terhadap barangan import dari Amerika Syarikat (AS) sehingga awal Ogos meskipun Washington mengumumkan cukai sebanyak 30 peratus ke atas import daripada blok itu, kata Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen pada Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).
"Amerika Syarikat telah menghantar surat kepada kami berkenaan langkah yang akan dikuatkuasakan sekiranya tiada penyelesaian melalui rundingan," katanya. "Oleh itu, kami juga akan melanjutkan penangguhan terhadap tindakan balas kami sehingga awal Ogos."
Langkah itu diumumkan selepas Presiden AS Donald Trump pada Sabtu berkata beliau akan mengenakan tarif 30 peratus ke atas import dari EU bermula 1 Ogos, meskipun rundingan untuk mengelakkan perang dagang masih berjalan.
Dalam surat yang dihantar kepada von der Leyen dan dimuat naik di platform Truth Social, Trump mengadu mengenai defisit perdagangan AS yang "berpanjangan, besar dan ketara" dengan EU, sambil menuduh blok 27 negara itu mengamalkan dasar dan halangan perdagangan yang tidak adil.
Trump menyatakan pentadbirannya bersedia menarik balik kadar tarif tinggi itu sekiranya "Kesatuan Eropah, atau mana-mana negara anggotanya, memutuskan untuk membina atau mengilang produk di Amerika Syarikat."
Von der Leyen menegaskan EU tidak akan berdiam diri dan akan terus bersiap sedia dengan tindakan balas tambahan dalam beberapa minggu akan datang sambil berkata: "kami benar-benar bersedia."
Susulan surat Trump itu, EU berpotensi mengenakan tarif timbal balik awal terhadap tindakan AS yang terdahulu melibatkan produk keluli dan aluminium daripada blok berkenaan sebaik sahaja penangguhan asal tamat pada Selasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ursula von der Leyen
#EU
#Donald Trump
#tarif AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan