Skip to main content

Dunia

EU terdesak kenakan cukai tinggi produk solar China

41369646458_295x200.jpg
Perkembangan cadangan Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan cukai tinggi ke atas produk solar dari China.

Pemerhati berpendapat tindakan EU itu sebagai langkah memperbaiki ekonomi rantau berkenaan yang sedang meleset.

Ini kerana sambutan hangat produk solar dari China menjejaskan jenama dari Eropah.

Pengkaji dari Akademi Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa China, Bai Ming berkata Eropah sedang terdesak untuk memulihkan ekonomi.

Eropah mula mengenalpasti bidang pemacu dan mendapati photovoltaik sebagai salah satu bidang yang perlu diberi perhatian.

Akibat harga yang jauh lebih murah dengan kualiti sama, produk dari China mendapat perhatian.

Eropah kemudian mendakwa China menipu dalam kos pembuatan sehingga mampu menawarkan harga jauh lebih murah.

China menangkis dakwaan tersebut dan menegaskan ia  mempunyai kos buruh yang kompetetif serta menggunapakai teknologi terkini.

Meskipun tindakan mengenakan cukai tinggi pada produk China akan memberi faedah kepada syarikat Eropah, tempias negatif tetap terasai.

Ini apabila tindakan itu bakal menyebabkan pembuangan 1 per 5 atau 242 ribu pekerjaan dalam tiga tahun.

Suruhanjaya EU akan membuang undi bagi ke atas cukai  produk solar China pada 15 Jun ini.

Advertisement

Must Watch Video