awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kopi Waktu tonjol identiti Kedah, promosi sektor pelancongan - Raja Muda Kedah
Beri ruang Kim Swee capai sasaran di NFDP - Mohd Yusoff
Lelaki bunuh 9 orang, termasuk 4 anak kandung selepas bertengkar dengan isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Facebook, WhatsApp, Messenger dan Instagram alami gangguan

Astro Awani
Astro Awani
09/04/2021
01:40 MYT
Facebook, WhatsApp, Messenger dan Instagram alami gangguan
Ribuan pengguna platform laman sosial Facebook termasuk WhatsApp, Messenger dan Instagram mengalami gangguan perkhidmatan awal pagi tadi. -REUTERS
RIBUAN pengguna platform laman sosial Facebook termasuk WhatsApp, Messenger dan Instagram mengalami gangguan awal pagi tadi.
Menurut laman sesawang pengesanan gangguan Downdetector.com menunjukkan lebih 112,000 pengguna berdepan masalah itu di Facebook, 101,000 pengguna di laman Instagram, dan 516 pengguna WhatsApp membuat laporan mengenai masalah itu pada jam 6 pagi Jumaat.
Berdasarkan pemerhatian Reuters, pada jam 6.10 pagi akaun Instagram rasmi memuat naik status di laman Twitter.
“Adakah anda berdepan dengan #instagramdown?
“Kami tahu ada di antara anda yang mengalami masalah sekarang.
"Kami sedang berusaha untuk memperbaikinya dan berharap semuanya kembali normal secepat mungkin,” tulisnya.
Namun, pada jam 6.33 pagi, Instagram memuat naik ciapan yang menyatakan bahawa laman itu telah kembali normal.
Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dibuat oleh laman Facebook sehingga kini.
Downdetector mengesan isu pemadaman termasuk beberapa gangguan yang dihantar pengguna di lamannya.
Topic Berkaitan
#Facebook
#Twitter
#Instagram
#WhatsApp
#laman sosial
#gangguan
#Down
#Downdetector
#aduan
#pengguna
#masalah
#isu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan