Skip to main content

Dunia

Fasiliti minyak Kuwait diserang, beberapa pekerja cedera

Asap naik ke udara susulan serangan peluru berpandu Iran di selatan Israel, 29 Mac 2026. FOTO REUTERS/Amir Cohen
Semua mangsa yang cedera telah menerima rawatan awal, manakala kawasan tapak industri tersebut telah dikosongkan sebagai langkah keselamatan. -Gambar fail/Reuters
Advertisement

KUWAIT CITY: Perbadanan Petroleum Kuwait mengesahkan sebuah lokasi penting dalam sektor minyak negara itu menjadi sasaran serangan yang didakwa dilancarkan Iran.

Menurut agensi berita KUNA, insiden tersebut menyebabkan beberapa pekerja cedera selain mengakibatkan kerosakan pada kemudahan berkenaan.

 

 

Perbadanan itu berkata semua mangsa yang cedera telah menerima rawatan awal, manakala kawasan tapak industri tersebut telah dikosongkan sebagai langkah keselamatan.

Menurut kenyataan berkenaan, tindak balas terhadap insiden itu sedang diselaraskan bersama pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan bagi memastikan keselamatan operasi dan kemudahan terlibat.

 

 

Kejadian tersebut berlaku ketika ketegangan di Asia Barat terus meningkat susulan beberapa siri serangan yang dilaporkan menyasarkan infrastruktur penting di Kuwait.

Sebelum ini, sebuah loji janakuasa elektrik dan penyahmasinan air di negara itu turut dilaporkan mengalami kerosakan akibat serangan yang dikaitkan dengan Iran.

 

Must Watch Video

Advertisement