awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FBI tahan lelaki disyaki bocor dokumen sulit Pentagon

Astro Awani
Astro Awani
13/04/2023
21:30 MYT
FBI tahan lelaki disyaki bocor dokumen sulit Pentagon
Jack Teixeira yang disyaki menjadi dalang di sebalik pembocoran dokumen sulit Pentagon ditahan oleh penguatkuasa FBI yang bersenjata lengkap dan pakaian seragam. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menahan seorang lelaki yang disyaki menjadi dalang di sebalik penyebaran dokumen rahsia ketenteraan Amerika Syarikat (AS),
Suspek yang berusia 21 tahun itu dikenali sebagai Jack Teixeira yang juga anggota Massachussetts Air National Guard ditahan di kediamannya di North Dighton, Massachusetts.
Teixeira dilaporkan telah menjadi hos bagi perbincangan secara dalam talian di platform Discord sekali gus mendedahkan laporan ketenteraan yang disediakan Pentagon itu.
The New York Times dalam laporannya mendakwa, Teixeira merupakan antara orang yang menyimpan banyak dokumen rahsia.
Sementara media antarabangsa lain melaporkan, dokumen yang bocor itu diklasifikasikan sebagai rahsia besar ketenteraan yang ada kaitannya dengan perang yang tercetus di Ukraine serta sekutu AS.
Berikutan tersebarnya dokumen itu telah membuatkan pentadbiran Presiden AS, Joe Biden berusaha keras untuk menangani implikasinya.
Dalam masa sama, pentadbiran Biden turut mengingatkan kandungan dokumen tersebut telah dimanipulasi dan akan digunakan sebagai bahan kempen untuk menyampaikan maklumat yang tidak tepat.
Pelbagai agensi media antarabangsa juga menyiarkan wajah suspek Teixeira ditahan oleh penguatkuasa FBI yang bersenjata lengkap dan pakaian seragam.
Pentagon turut mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan membocorkan dokumen itu merupakan ‘tindakan jenayah yang disengajakan’ tanpa memberikan perincian penangkapan Teixeira oleh FBI.
“Kami mempunyai garis panduan yang sangat jelas terhadap memelihara maklumat yang diklasifikasikan sebagai rahsia dan maklumat yang sensitive. Ini jelas sekali tindakan jenayah yang disengajakan," kata jurucakap Pentagon, Pat Ryder kepada wartawan.
Topic Berkaitan
#FBI
#dokumen sulit Pentagon
#Jack Teixeira
#Presiden Joe Biden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan