awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jepun rekod 42.7 juta pelawat asing pada 2025
Perpaduan ummah strategi selesai isu Palestin - Cikgu Azmi
Pasaran automotif Malaysia kekal utuh pada 2025, TIV cecah 820,752 unit - MAA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Feri bawa 280 penumpang terbakar di perairan Sulawesi Utara

Astro Awani
Astro Awani
20/07/2025
10:10 MYT
Feri bawa 280 penumpang terbakar di perairan Sulawesi Utara
Kebakaran feri KM Barcelona 5 di perairan Pulau Talise, Sulawesi Utara menyebabkan sekurang-kurangnya tiga maut. -Foto FB Akparawa Sunny Tom (Big T)
MANADO: Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan hampir 150 penumpang berjaya diselamatkan selepas sebuah feri penumpang, KM Barcelona 5, terbakar ketika belayar di perairan berhampiran Pulau Talisei, Sulawesi Utara, pada Ahad.

Ringkasan AI
  • Kebakaran feri KM Barcelona 5 di perairan Pulau Talise, Sulawesi Utara menyebabkan sekurang-kurangnya tiga maut dan hampir 150 penumpang berjaya diselamatkan, dengan operasi menyelamat melibatkan beberapa kapal dan bot.
  • Feri tersebut membawa kira-kira 280 penumpang ketika kejadian dan mangsa yang terselamat telah dipindahkan ke Pulau Ganga untuk rawatan, sementara pusat perlindungan kecemasan ditubuhkan di Pelabuhan Manado.
  • Punca kebakaran masih dalam siasatan dan pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada ia berpunca daripada kecuaian atau kerosakan teknikal.

Menurut Agensi Mencari dan Menyelamat (SAR) Indonesia, insiden berlaku sekitar jam 1 tengah hari waktu tempatan, kira-kira 60 kilometer dari ibu negeri Manado.
Rakaman video yang tular menunjukkan kepulan asap tebal dan api marak dari dek atas feri, menyebabkan penumpang panik dan terjun ke laut untuk menyelamatkan diri.
Kebakaran hebat terjadi di KM Barcelona V saat melintas di perairan Pulau Talise, Minahasa Utara, Sulawesi Utara, Minggu (20/7/2025). Kapal yang mengangkut ratusan penumpang itu mendadak terbakar, membuat banyak penumpang panik dan melompat ke laut. Video yang beredar pic.twitter.com/7YFDbSQKap
— Melihat Indonesia (@Melihat_Indo) July 20, 2025
Jurucakap SAR, Nuriadin Gumeleng, memaklumkan operasi menyelamat melibatkan kapal Bima Sena, dua kapal sokongan dan beberapa bot kembung.
Ramai penumpang yang berjaya diselamatkan telah dipindahkan ke Pulau Ganga untuk rawatan dan bantuan lanjut.
15.40 #BeritaSonora#Update KN SAR BIMA sudah berada dilokasi kejadian, proses evakuasi penumpang Kapal penyebrangan Barcelona yang terbakar di perairan Talisie, Sulawesi Utara masih berlangsung.(20/7) Via @SAR_NASIONAL https://t.co/koprxc0jHJ pic.twitter.com/8GuCWEUucu
— Radio Sonora Jakarta (@SonoraFM92) July 20, 2025
Menurut Ketua Pasukan Reaksi Cepat Agensi Pengurusan Bencana Sulawesi Utara, Dani Repi, feri tersebut membawa kira-kira 280 penumpang ketika kejadian berlaku.
Identiti mangsa yang terkorban masih belum didedahkan, dan senarai penuh penumpang belum diumumkan secara rasmi.
Feri KM Barcelona 5 merupakan antara pengangkutan laut utama yang menghubungkan Manado dengan pulau-pulau sekitar seperti Talaud dan Tahuna.
Operator pelabuhan milik negara, Pelindo, telah menubuhkan pusat perlindungan kecemasan di Pelabuhan Manado bagi membantu mangsa yang terselamat.
Punca kebakaran masih dalam siasatan, dan pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada terdapat unsur kecuaian atau kerosakan teknikal.
Topic Berkaitan
#feri terbakar
#KM Barcelona 5
#perairan Pulau Talise
#Pulau Ganga
#operasi mencari dan menyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami