awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Feri dalam perjalanan ke Batam terbakar, semua 62 penumpang termasuk rakyat Malaysia selamat

Bernama
Bernama
05/05/2023
12:39 MYT
Feri dalam perjalanan ke Batam terbakar, semua 62 penumpang termasuk rakyat Malaysia selamat
Bilik enjin sebuah feri penumpang 'QUEEN STAR 2' yang dalam perjalanan dari Singapura ke Batam dilaporkan terbakar petang tadi. - Foto Facebook MPA
SINGAPURA: Bilik enjin sebuah feri penumpang 'QUEEN STAR 2' yang dalam perjalanan dari Singapura ke Batam dilaporkan terbakar petang tadi, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA).
MPA memaklumkan bahawa kesemua 62 penumpang, termasuk warga Singapura, Malaysia dan Indonesia, antara lain Berjaya diselamatkan dan dipindahkan ke kapal 'MERBAU ERA' yang dalam perjalanan ke Terminal Feri Harbourfront Singapura.
'MERBAU ERA' kemudiannya menuju ke Batam dan selamat tiba bersama 62 penumpang terbabit,menurut MPA dalam satu kenyataan hari ini.
MPA menerima laporan mengenai kejadian pada 12.30 tengah hari waktu tempatan di luar pesisir Pulau Kusu.
Kenyataan itu menjelaskan bahawa MPA, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), dan Pengawal Pantai Polis (PCG) segera mengerah asset mereka untuk memberi bantuan.
MPA turut mengerahkan bot tunda untuk menunda feri berkenaan.
Kebakaran berjaya dipadamkan enam anak kapal yang kekal berada di atas feri itu sebelum ketibaan SCDF.
Anggota bomba SCDF juga bertindak memastikan api telah dipadamkan sepenuhnya.
"Pada masa ini tiada sebarang kecederaan atau pencemaran dilaporkan. MPA telah menempatkan pegawai di Terminal Feri Harbourfront sekiranya mana-mana penumpang memerlukan sokongan," katanya.
Di samping itu, MPA mengeluarkan siaran navigasi kepada kapal lain untuk menjauhi lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#feri ke Batam
#feri terbakar
#rakyat Malaysia
#QUEEN STAR 2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan