PANTAI Palm di barat Florida, Amerika Syarikat, mencecah cuaca paling sejuk dalam tempoh 12 tahun apabila mencatat 3 darjah Celsius pada pagi Ahad.

Di Pantai Vero, timur Florida, suhu paling rendah pernah direkodkan ialah -1 darjah Celsius pada 1978, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat.
 
Cuaca begitu sejuk seperti itu agak jarang berlaku di Florida dan ia beralih kepada 10 darjah Celcius pada petang Ahad.

Suhu rendah di Florida lazimnya berbeza apabila ia turut mengakibatkan tanaman dan haiwan menjadi beku.

Ais membeku pada pagar kawat berduri di luar sebuah tapak semaian di Plant City, Florida, 30 Jan 2022. (Foto AP)

Bagaimanapun, tanaman musim sejuk keseluruhannya di negeri itu dilaporkan tidak mengalami kerosakan besar.

Warga Florida juga menemui beberapa haiwan seperti iguana, yang membeku di halaman rumah.

Apabila cuaca sangat sejuk, iguana akan berhenti bergerak dan membiarkan dirinya tergantung di pokok. Dan ia kemudiannya akan jatuh ke tanah. (Foto AP)

Pada masa sama, polis Florida berkongsi beberapa tip keselamatan penting untuk orang ramai semasa mereka mengunakan alat pemanas di rumah untuk kali pertama musim ini.

Perkakas pemanas adalah punca utama kematian berkaitan kebakaran di Amerika Syarikat setiap tahun.