KUALA LUMPUR: Fukushima Jepun, antara tapak bencana nuklear terburuk di dunia, kini semakin pulih dan ramai penduduk kembali menetap di kawasan berkenaan manakala aktiviti berkaitan pelancongan juga semakin rancak.
Berkat usaha pembinaan semula, aktiviti nyah cemar (decontamination) termasuk penurunan tahap sinaran yang dilaksanakan kerajaan Jepun, tempat itu kini selamat untuk diduduki dan bukan lagi 'bandar mati'.
Kerajaan Jepun secara berperingkat membenarkan kawasan-kawasan di sekitar wilayah Fukushima didiami penduduk, setelah 30,000 orang hilang tempat tinggal selepas bencana nuklear Fukushima Daiichi.
"Kehidupan di wilayah Fukushima telah pulih seperti biasa selepas bencana nuklear melanda rantau ini pada 2011.
"Berikutan kempen besar-besaran untuk membuang tanah yang tercemar dan pembersihan bangunan serta jalan raya di kawasan itu, bacaan tahap sinaran kini dilaporkan stabil dan berada pada tahap selamat," kata Pengarah Pemulihan dari Bahagian Bencana Nuklear Jepun, Taishi Nakami kepada media antarabangsa ketika ditemui di luar Mesyuarat Peringkat Tinggi Rangkaian Bandar Pintar ASEAN-Jepun keempat yang diadakan di Fukushima pada 4-5 Dis.
Tragedi tsunami pada 11 Mac 2011 menyebabkan kemusnahan loji nuklear Fukushima Daiichi di timur laut Jepun dan disifatkan sebagai bencana nuclear kedua terburuk di dunia selepas Chernobyl, menyaksikan hampir 18,500 mangsa terkorban.
Sementara itu, lebih 160,000 orang terpaksa dipindahkan dari bandar itu kerana kebimbangan kebocoran radiasi akibat reaktor nuklear musnah.
Taishi berkata terdapat sejumlah besar pos pemantauan sinaran di Fukushima, manakala data menunjukkan tahap sinaran di Fukushima adalah sama seperti di bandar-bandar utama di seluruh dunia atau kadangkala jauh lebih rendah.
"Penduduk yang ingin kembali ke Fukushima boleh berbuat demikian kerana bahan berbahaya dari loji tenaga nuklear telah dialihkan dan dilupuskan.
"Infrastruktur seperti jalan raya, kereta api, hospital dan pasar raya telah beroperasi seperti biasa dan kehidupan di rantau ini kembali normal," katanya.
Ditanya mengenai kebimbangan pelancong asing termasuk dari Malaysia sama ada pantai Fukushima selamat untuk dilawati, Taishi memberi jaminan bahawa kebanyakan kawasan itu telah dinyahcemar dan selamat untuk pelancong.
Jepun telah menarik balik sekatan perjalanan dan membuka semula sempadan kepada semua pelancong dari luar negara (tertakluk kepada keperluan vaksinasi dan ujian), justeru negara itu berharap sektor pelancongan di wilayah Fukushima mampu pulih semula, katanya.
Taishi juga berkata bahawa usaha pembinaan semula di Fukushima mendapat perhatian dunia dengan pembukaan semula J-Village, iaitu pusat latihan bola sepak kebangsaan pertama Jepun.
Pada 1997, J-Village telah diasaskan sebagai Pusat Latihan Bola Sepak Kebangsaan yang pertama di negara ini.
Selepas kejadian gempa bumi dahsyat yang melanda timur Jepun pada 2011, tempat itu dijadikan sebagai pangkalan sokongan selepas kemalangan loji tenaga nuklear dan tidak lagi berfungsi sebagai pusat bola sepak
Bagaimanapun, pada Julai 2018 J-Village dibangunkan semula bagi memenuhi tujuan asalnya dan kembali berperanan sebagai pusat kemudahan kem latihan dan kejohanan untuk pasukan bola sepak kebangsaan wanita (Nadeshiko Jepun).
Para delegasi Mesyuarat Peringkat Tinggi Rangkaian Bandar Pintar ASEAN-Jepun Ke-4 diberi peluang menyaksikan sendiri pembinaan semula di Fukushima, termasuk membuat lawatan ke loji tenaga nuklear, Muzium Peringatan Gempa Bumi dan Bencana Nuklear Jepun.
Delegasi itu terdiri daripada wakil dari 10 negara anggota ASEAN termasuk tiga petugas media dari Malaysia, Filipina dan Kemboja.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 29 2022
Berkat usaha pembinaan semula, aktiviti nyah cemar (decontamination) termasuk penurunan tahap sinaran yang dilaksanakan kerajaan Jepun, tempat itu kini selamat untuk diduduki dan bukan lagi 'bandar mati'.- fotoBERNAMA
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Usul bahas laporan RCI bukan untuk dakwa mana-mana pihak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Jepun harap situasi kemanusiaan di Syria bertambah baik
Kerajaan Jepun sedang mengikuti perkembangan di Syria dan berharap situasi kemanusiaan di negara itu akan bertambah baik selepas pemberontak menggulingkan kerajaan Syria.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun catat musim luruh terpanas dalam 126 tahun
Purata suhu di seluruh Jepun dari September hingga November tahun ini mencatatkan rekod tertinggi sejak pengumpulan data bermula pada 1898.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Tinggi kekal keputusan tolak desakan henti operasi reaktor nuklear Miyagi
Mahkamah Tinggi Sendai pada Rabu mengekalkan keputusan mahkamah rendah yang menolak permintaan penduduk setempat untuk menghentikan operasi sebuah reaktor nuklear di timur laut Jepun.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Korea Selatan, AS, Jepun lancar sekretariat tiga pihak di Seoul
Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), dan Jepun secara rasmi melancarkan sekretariat untuk kerjasama tiga pihak pada Rabu, selepas pengumumannya dibuat di sidang kemuncak pemimpin mereka minggu lepas,
Jun Hao naib juara Masters Kumamoto
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao terpaksa akur tewas kepada pemain China, Li Shi Feng dalam perlawanan akhir Masters Kumamoto di Jepun pada Ahad.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Masters Jepun: Jun Hao tewaskan juara All England 2024 untuk melangkah ke pentas final
Jun Hao terpaksa memerah keringat selama 77 minit sebelum menundukkan pilihan keempat kejohanan dengan keputusan 10-21, 21-18, 22-20.