awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jun Hao naib juara Masters Kumamoto

Sinar Harian
Sinar Harian
17/11/2024
08:15 MYT
Jun Hao naib juara Masters Kumamoto
Jun Hao tidak berupaya untuk menafikan permainan kemas dipamerkan Shi Feng apabila tewas 10-21,13-21. - Gambar/ Sinar Harian
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao terpaksa akur tewas kepada pemain China, Li Shi Feng dalam perlawanan akhir Masters Kumamoto di Jepun pada Ahad.
Jun Hao yang berada di ranking ke-31 dunia, yang dalam misi untuk meraih gelaran pertama Jelajah Dunia BWF Super 500 tidak berupaya untuk menafikan permainan kemas dipamerkan Shi Feng yang berada di ranking kesembilan dunia apabila tewas 10-21,13-21.
Namun, pencapaian dipamerkan Jun Hao harus dipuji selepas perjalanan penuh cemerlang menumpaskan beberapa pemain ternama untuk mara ke perlawanan akhir.
Dia menumpaskan semi finalis Olimpik Paris 2024 dari India, Lakshya Sen pada pusingan pertama sebelum meneruskan rentak cemerlangnya menundukkan ranking ke-11 dunia dari Jepun, Hoki Watanabe dalam aksi pusingan kedua.
Selepas itu, dia melakar kejutan mengejutkan wakil tuan rumah yang juga pemain nombor empat dunia, Kodai Naraoka di peringkat suku akhir sebelum tampil dengan permainan bergaya untuk menewaskan pemain Indonesia, Jonatan Christie di pusingan separuh akhir.
Bergelar naib juara, Jun Hao membawa pulang wang tunai sebanyak AS$15,960 (RM71,484). - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jun Hao
#Masters Kumamoto
#Jepun
#keputusan perlawanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan