awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: Tiada pembinaan stadium baharu, KBS fokus naik taraf kemudahan sedia ada
Dua kontena daging babi Belgium dirampas
Kementerian, GLIC digesa tumpu pada penilaian keberkesanan inisiatif PuTERA35 - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

G7 gesa pihak bertelagah di Sudan letak senjata, pulihkan dialog

Bernama
Bernama
18/04/2023
05:24 MYT
G7 gesa pihak bertelagah di Sudan letak senjata, pulihkan dialog
PBB menganggarkan sekurang-kurangnya 185 orang terbunuh dan 1,800 lagi cedera setakat ini, dalam perebutan kuasa di negara itu. - Gambar/ Reuters
KARUIZAWA (Jepun): Menteri-menteri luar negara G7 menyeru pihak-pihak yang bertelagah di Sudan supaya segera meletakkan senjata dan kembali ke meja rundingan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Pertempuran antara tentera Sudan dan pasukan separa tentera utama negara itu "mengancam keselamatan orang awam dan menjejaskan usaha untuk memulihkan peralihan demokrasi Sudan," kata menteri-menteri berkenaan dalam satu kenyataan.
"Kami menggesa pihak-pihak terlibat segera menamatkan permusuhan tanpa prasyarat. Kami menyeru semua pelaku menamatkan keganasan, kembali berunding dan mengambil langkah aktif untuk mengurangkan ketegangan dan memastikan keselamatan semua orang awam, termasuk kakitangan diplomatik dan kemanusiaan."
G7 dianggotai Amerika Syarikat, Britain, Jerman, Perancis, Itali, Kanada dan Jepun, yang memegang kerusi presiden secara bergilir.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan sekurang-kurangnya 185 orang terbunuh dan 1,800 lagi cedera setakat ini, dalam perebutan kuasa di negara itu.
--BERNAMA-dpa
TAG: Sudan, konflik, G7, kenyataan
Topic Berkaitan
#G7
#konflik Sudan
#meja rundingan
#henti pertempuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan