awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gabenor California lancar kempen digital tangkis maklumat salah

Bernama
Bernama
10/05/2025
20:30 MYT
Gabenor California lancar kempen digital tangkis maklumat salah
Laman CaliforniaFacts.com memaparkan data yang telah disahkan bagi menangkis dakwaan pihak konservatif.
SACRAMENTO : Gabenor California Gavin Newsom telah melancarkan kempen digital secara agresif bagi menangani apa yang beliau sifatkan sebagai lambakan maklumat palsu, lapor Xinhua.
Inisiatif itu, yang berpusat di laman sesawang CaliforniaFacts.com, bertujuan menyediakan maklum balas berasaskan fakta terhadap dakwaan tidak benar mengenai ekonomi negeri, dasar imigresen, kadar jenayah dan pencegahan kebakaran hutan.
"Kami akan memberi reaksi serta-merta, dengan fakta dan data," kata Newsom kepada akhbar The Sacramento Bee.
Kempen itu dilancarkan ketika California terus menjadi sasaran serangan politik peringkat nasional, terutamanya sejak bermulanya kempen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2024, menurut laporan itu.
Newsom turut aktif di platform media sosial, termasuk Truth Social milik Presiden AS Donald Trump, di mana beliau memuat naik penjelasan terhadap dakwaan yang mengelirukan. "Mereka guna platform ini untuk menyebar maklumat palsu. Kami akan gunakannya untuk menyampaikan maklumat sebenar," katanya.
Beliau turut mengembangkan strategi komunikasi melalui siri audio siar bagi membincangkan dasar negeri, menjawab kebimbangan awam serta menangkis naratif yang didakwa sebagai tidak benar.
Menurut Politico, Newsom menyifatkan kempen itu sebagai satu khidmat nasional dengan menegaskan bahawa California - kini ekonomi keempat terbesar dunia - sering disalah gambarkan.
Laman CaliforniaFacts.com memaparkan data yang telah disahkan bagi menangkis dakwaan pihak konservatif, antaranya menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri itu telah melepasi US$4 trilion, mengatasi Jerman dan Jepun. Laman itu turut menjelaskan isu keselamatan sempadan dan imigresen, sambil menekankan bahawa penguatkuasaan adalah tanggungjawab persekutuan.
Susulan pelbagai teori konspirasi selepas kebakaran hutan di Los Angeles pada Januari lalu, pejabat Newsom turut melancarkan laman sesawang California Fire Facts untuk menerangkan peranan pengurusan hutan, infrastruktur bomba dan perubahan iklim.
Penganalisis melihat kempen ini sebagai sebahagian daripada peningkatan profil nasional Newsom. Walaupun beliau menafikan sebarang perancangan untuk bertanding jawatan Presiden pada 2028, tindakan tegasnya mempertahankan California sejajar dengan usaha Parti Demokrat membanteras maklumat palsu dan memupuk wacana berasaskan fakta.
Sama ada kempen ini mampu mengubah pandangan awam masih belum pasti, namun Newsom tetap berpegang pada pendiriannya. "Kita tidak boleh menyerahkan perbincangan kepada pihak lain. Kita bertanggungjawab menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat," katanya.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Gabenor
#California
#maklumat palsu
#Laman web
#Gavin Newsom
#fakta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami